kelik-kelik

Ahad, 27 Disember 2009

lebih sudu dari kuah

26 Disember 2009 - boxing day kata mat saleh..boxing day sebenarnya bukanlah hari lawan tinju tapi lebih kepada hari beli belah, kalau kat negara barat pada boxing day diberi diskaun hebat lebih hebat dari sogo agaknya . pemahaman terhadap boxing day nih pun baru dapat melalui suhaimi dan baca blog obiefiend.

tapi hari nih gak yang tak sedap bila aku baca surat khabar pada hari nih. ada parti-parti kena serbu, bukan parti politik tapi parti muda mudi. keh-keh yang best tu bajet ada muka melayu sibuk berparti meraikan krismas. kalau korang nak tau, polis nih power bab-bab serbu kelab nih. aku bajet dorang nih ada kalendar event tahunan, tak pun dorang jadi member kat group clubbing tu, senang sket dapat update. ada kes pulak RELA dibelasah oleh mat parti nih. dashyat sungguh mereka. aku pun tak suka gak RELA yang berlebih-lebih nih, tapi jangan la sampai belasah.

dah bajet orang malaysia sambut krismas cara berpesta nih, tu pun hasil kunjungan aku ke BB pada petang krismas tu. bukan nak wat ape, cuma nak melawat bangunan pak cik low yat. di sekitar jalan yang terkenal dengan hiburan menawarkan harga istimewa untuk arak. silap-silap ada yang offer free flow kot.

bagi aku, kalau yang beragama kristian tu tak pe la. dorang nak sambut perayaan dorang. yang melayu nak berlebih-lebih tu tak tahan. aku rasa kita dah lebih sudu dari kuah, sebab mat saleh pun aku rasa dorang sambut krismas nih tak ada la nak berparti besar-besaran macam langit nak runtuh. dorang menyambut krismas pun dengan semangat kekeluargaan. lepak-lepak makan ayam belanda yang besar tu. kalau korang tak percaya tengok citer 'Home Alone'. citer best tu.

aku risau disebabkan oleh hendonisme dan semangat kapitalis bagi keuntungan maksima dan dengan dasar langit terbuka, macam-macam pulak sambutan dibuat-buat bagi memastikan kelab-kelab nih ada tema. valentine's day, malah halloween pun ada orang sambut kat kl nih. aku risau nanti ada pulak sambutan fourth of july, thanksgiving, hari veteran, rose parade, superbowl..keh-keh kalau orang tanya ape tu fourh of july, thanksgiving ke..ramai yang tak leh jawab kot.

*****
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban pada tragedi 26/12/04..semoga tenang di sana.

Isnin, 21 Disember 2009

Cerita Tiga Harimau


kembali ke dunia serius, macam dulu-dulu (sedikit skema, setaraf dgn taraf guru pelatih ;-)

Tiga harimau, cerita berbeza, nasib juga berbeza.

Eksibit 1:

Harimau Malaya

Dalam tiga ekor harimau dalam entri ini, nampaknya cuma harimau ini yang tersengih ibarat keranggg (majalah rock mat saleh, btol eja?). Buruan Harimau Malaya untuk meratah emas Laos berhasil nampaknya, walaupun pemburuan kali ini di iring dengan kata skeptis lagi pesimis tambah pulak petanda bakal kalah seperti lewat naik charlie. Namun menang tetap menang. Tak boleh tahan nampak gambar kapten mesia di sisi bini tercinta dan anak pegang medal. Perjalanan masih jauh, dah berapa kali skuad bola terlepas ke kejohanan besar seperti olimpik walaupun team projek olimpik ditubuhkan. Mungkin logo harimau melompat bola pada logo persatuan bola boleh diubah kepada harimau memijak bola, harimau menanduk bola atau harimau mengigit bola. Harimau lompat bola seperti tanda loose control, kerana bola harus disepak, dileret, ditendang, atau ditanduk. Bola yang perlu dilompat ialah gym ball, iaitu kegunaan gimnas.


Eksibit 2 :

F-5E Tiger yang hilang enjin

Nih kira harimau tua, dah tua tapi masih bertaring. Zaman kegemilangan pesawat juang ini ialah sekitar 80 an di Malaysia. Kalau budak2 80's mesti pernah menonton cerita 'Wira Angkasa' hero dia sorang tu Yussof Haslam, dan pesawat nih la yang jadi star dalam cerita tu. Dari minit-minit awal sampai ke babak di mana F-5E TUDM ditembak oleh pesawat juang Oren Land kalau tak silap. Malah lagu satria mega dari Bloodshed pun ada nama F-5E nih.

Kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, F-5E mati meninggalkan enjin. Walaupun pesawat nih dah ditamatkan khidmat dalam 90's kerana negara dah peroleh Uncle Mig n Cik Horn tetapi pesawat nih tak dilupus. Ia disimpan dah diselenggara serta boleh diaktifkan sekiranya diperlukan. Malah dua pesawat F-5E dilengkapkan dengan kamera bagi tujuan tinjauan medan (pepandai aku wat term melayu). Dan seperti laporan akhbar, ia masih lagi digunakan di beberapa negara termasuk Singapore.

Peristiwa penjualan enjin a.k.a rompakan itu merupakan satu petunjuk akan loopholes yang terdapat dalam pertahanan kita. Rakyat berasa amat kecewa, sementelah bagi golongan patriot macam geng Home of The Brave. Sebenarnya, yang merumitkan keadaan ialah apabila terdapat beberapa laporan mengatakan yang Malaysia telah memindahkan teknologi ketenteraan Uncle Sam kepada Iran. Dan laporan sebegini berserta peristiwa yang berlaku boleh meranapkan keamanan negara. Jadi sapa-sapa yang jual tu fikir kan lah, duit habis sekejap jer..negara tak dibina sepantas itu. Cakap banyak pun tak guna, gua orang AWAM, tak setaraf dengan yg berbintang-bintang. Tapi negara nih kita punya.

Harimau ini mungkin menangis jika dibahasasterakan. "habis madu,sepah dibuang".

Eksibit 3 :

Tiger Woods

Tiger Woods, antara ahli sukan terkaya dunia. meraih kejayaan dan pendapatan yang tidak dapat diukur pada skala aku. Rakyat Thai pernah berbangga dengan dia kerana ibunya berbangsa Siam (well, bini Vijay Singh org mesia). Dia tersungkur dek skandal seks. Women, Wine, War tiga benda yang meruntuhkan empayar roman kini meruntuhkan empayar TW. Benar pesan orang tua-tua, tiga 'ta' yang buat lelaki lemah iaitu harta, tahkta, wanita.

Harimau ini cuma terluka, mungkin mengaum jika diubat

woykeh, adios amigos.nak menyusuri banjaran titiwangsa menghala kota raya dengan berkuda, balik nanti berkancil.

link:
Malaysian Order of Battle


Ahad, 20 Disember 2009

moonsun bride (and groom)

musim..malaysia mempunyai kepelbagaian musim. satu fakta yg bakal disanggah oleh graduan geografi fizikal pastinya.

musim hujan, musim buah, musim cuti sekolah..

dan disember ini ia sinonim dengan musim hujan dan musim kahwin,

kenduri kahwin dalam hujan,

yang tersenyum cuma pengantin haha

Rabu, 16 Disember 2009

Menjawab tag rona-realiti

1. Adakah anda rasa anda hot?
tidak sama sekali, saya cool haha

2.Upload gambar kegemaran anda
3.Cerita pasal gambar

gambar yang membuktikan aku berhati tisu haha. aku yang pakai baju hitam tu.
gambar semasa menyediakan ubi kayu ngan jagung untuk rebus sempena ambang merdeka '06.
sorry amik gambar ni sbb berukband aku ni slow gila letak gamba SLR kang x leh upload lak.
yg baju putih ialah org di tag no 1.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
lama, sebelum Mejah fly pegi France da 2 taun la

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Street of Uptown - A.C.A.B lagu dalam hp. format laptop abis lagu.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tak de ape, alam ria cuti sekolah

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
lipak oleh member skolah
otai member maktab
kudabesi sapa yang kenal aku kat intenet

8. Tag lagi 6 orang
i. bobok
ii. cik seri
iii. suhaimi
iv. QQQ
v. Tun Pak Lah..bleh la sesama pengakap ;-)
vi. sapix

9. Siapakah orang No.1 pada anda?
member aku, bekas striker menjadi goalie Harimau Malaya.Com satu masa dulu

10.Kata sesuatu mengenai orang no.5
dia bekas PM beb..cool

11.No.3 ada hubungan dengan siapa?
mie..ada awek tapi tak bagi tau aku kot (fitnah haha)

12. Bagaimana pula orang no. 4?
QQQ seorang blogger merangkap pegawai gomen. slalu gak baca blog dia. gaya pemikiran yang masih lagi rebel walaupun dah dibasuh BTN haha

13. Pesanan kepada orang no.6
kalau berani jawab la tag weh haha. dia rumet aku

14. apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
dia seorang yang baik hati, tegas, cekap dan konsisten.

so ronarealti..aku dah sahut cabaran tu hehe. btw, aku rasa pernah join gak GPMS dulu.



Jumaat, 11 Disember 2009

isu semasa dah nak basi

Serius lama tak menulis pasal politik, siasah dan sewaktu. kepada yang kurang senang dan ragu jangan risau ini cuma sementara. aku lebih suka tulis pasal sejarah, tentera dan hal ehwal cikgu sebenarnya.

isu BTN, dah berpuluh-puluh blog, web politik, surat khabar, dan media yang membicarakan yang mengulas sama ada menyokong atau menentang secara total akan pelaksanaan kursus anjuran Biro Tatanegara ini.

bagaimanaupun, aku cuma berminat nak menulis pasal BTN selepas bunkboque the skuter puteh guy (skuter dia puteh, bukan dia haha). dari ulasan dan coretan beliau telah menunjukkan jati diri seorang loyalist umno yang tegar. harap beliau dapat daftar mengundi dengan segera, takut tak dapat ngundi sebab tak daftar je haha. kalau ade sepuluh pemuda seperti beliau maka bertaburan la lari pembangkang dari wilayah. (bodek nih boque)

saya (agak skema, tulis politik kan) juga pernah bersama-sama mengikuti kursus BTN anjuran BTN wilayah dengan kebenaran pihak HEP pada tahun 2007. antara yang terlibat dari kelas aku ialah sapixx the sangkunang, dan thoiyibbah of hambatan minda. yang lain pun ada gak tapi letih lah nak link satu-satu.

kursus itu dijalankan di sebuah pusat latihan di Langkawi. kalau dengar nama memang best, langkawi mesti bayang kursus tepi laut sambil minum air kelapa dan melayan ombak menghempas ditambah pulak bershopping coklat dan rokok berperisa stoberi. tapi tempat tu nun jauh di tengah pulau, dikelilingi oleh hutan dan ladang getah. memang tak boleh lari punya, kecuali ada skill dan fitness macam anjing.

Peserta
peserta yang terlibat majoriti berbangsa Melayu beragama Islam. ada seorang berbangsa India beragama Hindu. seorang lagi dari kumpulan etnik Melanau beragama Islam. jadi majoriti ialah warga malaysia yang bergelar bumiputera. berbeza dengan yang aku baca entri dekat blog lain, mereka kebanyakkan terpaksa ikut atas sebab nak belajar luar negara dengan tajaan kerajaan ataupun kursus sebab lantikan dalam perkhidmatan awam. kami yang pergi merupakan golongan yang me'rela'kan diri untuk ikut kursus nih.

peserta juga berbagai-bagai ada yang kpli, tesl tahun akhir, pra ijazah dan pelajar ijazah tahun 1. ada yang dah pernah ikut kursus nih lebih dari sekali, terutama sekali dari grup kpli. ada yang dah layak nak jadi fasilitator BTN kot.

aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua:

yang indoor bagi ceramah dan latihan dalam kumpulan akan dikendalikan oleh 'ejen' atau fasilitator.

yang outdoor akan dikendalikan oleh jurulatih yang majoriti bekas askar. ramai komando woo.

Doktrinisasi BN

sebelum pergi, macam biasa lah aku cari sket maklumat pasal BTN. tak kan nak pegi bodoh cam tu jer, lagipun aku pegi lepas cuti abis exam. dan stigma yang ada ialah nih memang kursus nak basuh kepala hotak sokong kerajaan/BN seratus persen tanpa kompromi haha.

bagi grup LDK, dia dah campur semua skali. so dalam satu grup, ada berbagai tahap. bagus la tu, baru kenal ngan budak kpli, ngan junior ngan senior. fasilitator grup aku, merupakan engineer lulusan jepun. dia kerja ngan satu agensi wilayah nih. dalam LDK macam biasa la, ice breaking..game sket2. lepas tu bagi soklan putar alam, apa jawapan ko bagi pun tak mesti betul lagi. soklan putar alam tu sebenarnya, untuk mengajar kita menilai sesuatu perkara dari pelbagai sisi. perkara nih penting dalam hidup sebagai orang dewasa, sebagai penyokong parti, dan sebagai pemimpin.

aku punya fasi mendakwa dia sangat terbuka, dan boleh menerima pandangan ahli kumpulan sama ada nak hentam kerajaan ke nak puji melambung ke. janji dilakukan cara betul dan dalam bilik tu la. buat kat luar kang, bahaya..orang tak tau ape2 boleh naik melenting.

so dlm LDK kumpulan aku, tak de doktrin BN. dia cuma ajar, nilai dari semua sisi. jangan jadi totok dan jangan jadi kodok. jadi totok macam lembu, jadi kodok asik telompat-lompat.

kalau ada doktrin pun, satu masa kat ceramah kendalian seorang lelaki. dia kerja ape aku tak tau. mungkin cikgu kot. dalam slot ceramah dia menceritakan mengenai isu-isu keselamatan negara. kemudian dia masuk bab 13 mei, cerita bab pilihan raya pulak. lepas tu cerita pasal keseimbangan politik, jasa dan pengorbanan dll. dia cerita cepat-cepat jer, mungkin sebab dia nak cepat la tu haha. tiba slot Q&A dia ditanya sikit jer soalan, antara yang menarik ialah mengapa kerajaan masa itu (pak lah) telah membatalkan pembinaan jambatan bengkok/ indah bagi menggantikan tambak johor. jawapan paling best dia bagi, itu dasar kerajaan. huhu ape punya jawapan dah. tugas ko selaku 'ejen' BTN zaman berzaman menerangkan dasar kerajaan yang sedang memerintah kepada golongan sasar. aku syak dia nih mesti mahathir punye loyalist. mesti dia pun tak suka pak lah batal projek jambatan tu. sepatutnya, time tu dia konar jawapan..bagi la alasan seperti timbal balik yg diminta pihak S'pore membahayakan negara cth: tentera udara singapura mintak laluan seluruh semenanjung, sambil membenarkan kereta kebal S'pore wat amphibious assault kat PULAREK. buat la cerita sket bagi bunyi gempak, orang yg minat bab militari mesti kagum..pergh encik ni simpan rahsia negara nih! (nada kagum).

yg kedua ialah dalam satu sesi, selepas bagi soklan putar alam. penceramah menekankan perpaduan antara orang melayu/ Islam. dia bagi idea kerajaan campuran/ perpaduan. masa tu 2007, belum pilihan raya lagi. belum lagi umno tersentak dan pakatan rakyat tak tubuh lagi. kemudian dia ajar pasal perkongsian kuasa, well either BN or PR semua nih kongsi kuasa.

aktviti outdoor pula mengajar sikap kerjasama, patuh pada arahan dll. kat sini tak de politik langsung. kat sini gak, kalau pandai borak..boleh dengar pak jurulatih nih cerita sikit2 pasal pengalaman dia dalam askar esp komando. ada la dia borak ngan aku ngan ejat..pasal recoil m-16, steyr dll. haha. AK pun dia kate dia ada pakai..tapi RAHSIA.

yang lain aku rasa tak de bab menabur kebencian kepada mana-mana kaum. kalau dikatakan berfokus kepada insan yang berbangsa melayu pun lebih kepada meminta untuk orang melayu di malaysia nih sedar diri sikit. betapa sikit jer perubahan yang kita catat dari segi pendidikan apatah lagi ekonomi. sebab itu yang dikursuskan antaranya ialah pelajar tajaan supaya dapat jana perubahan pada masyarakat. lagu Warisan patut tak jadi hal, lagu pasal kita terleka dan akhirnya harta peninggalan nenek moyang kita jual, kita gadai. memang betul pun, nak marah pasal terasa la tu. lagu tu dah diganti dengan Mercu Bangsa masa aku pergi dulu.

tapi orang dah nak rombak. rombak lah..

tak bagi rombak kang..kate aku racist lak haha.

Khamis, 3 Disember 2009

tak de modal


pergh! dua amoi seksi kat kaki

hujung hujung tahun nih, kurang sket aku nak menulis pasal sejarah, pasal militari sebabnya internet yang aku pakai nih memang taraf teruk lah. tak memenuhi nafsu aku kepada kelajuan internet. bila internet slow, macam mana aku nak wat research sebelum tulis entri? bukan boleh main tulis jer, salah fakta kang susah nak kira. pasal politik pulak memang aku malas nak tulis, sebabnya sejak akhir-akhir nih macam tak kira warna bendera semua aku tengok dah kelabu jer. haha. hitam dan putih dah tak nampak, yang jelas ianya kelabu..yang aku nampak machiavellianisim, hipokrasi disamping sindrom tamak kuasa.

hujung taun nih merupakan waktu yang paling sesuai untuk hibernasi dan memulihkan kekuatan untuk menghadapi academic year taun depan. hujung taun nih gak masa untuk tengok Sukan Sea, sapa yang ada duit boleh tengok LIMA 09.

hujung taun nih gak kuar citer myspy, adakah filem nih akan mengatasi all time peberet malaya spy movie, Jeffri Zain? haha. ada rezeki aku tengok cerita nih, aku bagi la komen sket2. tapi kalau tengok dia punye gazzete atau iklan nampak ni cerita lawak jer. tak ada unsur cerita spy yang cerita pasal SB, MI dan PPP hoo. kalau ada cerita macam tu memang aku tertunggu-tunggu. sangap sungguh nak melihat sebuah karya setanding james bond, sepadat Mission Impossible, hero yang segigih Jason Bourne. hehe.

oh ye, sape langgan metro package Astro boleh tengok dokumentari pasal rompakan senjata Al-Maunah di channel CI. kat channel Citra lak ada citer Lembing dan Layang bagi slot Suatu Ketika. Lembing dan Layang mengisahkan skuad Senoi Praaq yang sungguh famuous. tapi semua nih aku tak tengok, nih semua salah astro yang keji..harga mahal. tak mampu lah nak subscribe, channel2 tu. jadi tak boleh bagi review...hoho. demn kapitalis..

notakaki: 1) aku tak susun, tak rancang dan tak buat rangka dalam karangan nih. melanggar ajaran cikgu zila nih haha.
2) PPP diatas bukan nama parti politik. tapi singkatan jawatan dalam...

pic: www.filemkita.com (dapatkan poster filem melayu disini, dari 60's-00)


Selasa, 1 Disember 2009

December

welcome december.

with rain that i would remember

this is indeed time of the year

as it bring cheerful to all

but some did not forget, how close this to the end

as the memory swings back, how the angry waves has wake the forgotten

and swept away of thousand live.

let it not swept our faith. should it be our reminder.

welcome back my december.

26 Dec 2004-26 Dec 2009

Al-Fatihah