Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
untuk sesetengah orang lagu ini lagu yang gembira..ditambah pula dengan frasa mati hidup kembali. iaitu satu keadaan yang hampir mustahil berlaku dalam realiti (kalau high tak tau la haha)
dan ditambah lagi dengan penggunaan frasa malam semalam gundah gulana, hari ini hari mulia
jadi boleh lah diterima sebagai lagu happy kan?
tapi pandangan aku pula lagu ini mengisahkan seorang S yang sedang belajar di negara atas angin. S adalah seorang yang baik hati tetapi kekadang terasa sedikit melankolik dan kadang-kadang pula irama heavy metal bermain dikotak hati. Jadi satu hari selepas bangun tidor, S pergi berjalan-jalan di jalan TAR seorang diri. Perjalanan dari kerinchi-masjid jamek nampaknya berjalan lancar dan jalan raya cuma dipenuhi dengan insan-insan imigran yang bercuti lantas berlibur tanpa dimarahi oleh Rela.
S nampaknya gembira walaupun semalam beliau mengalami sedikit keributan jiwa lantas meruntun emosi beliau. Hari ini segalanya bagai mimpi dan ditiup lalu disedut masuk jauh ke dalam sungai klang. Sedang berjalan seorang diri, S telah berjumpa dengan seorang yang dikenalinya. Cinta lama kembali bersinar, 'sebalik awan da cahaya, bercahaya la selamanya'. darah beliau sudah lama berhenti bagaikan sudah disedut oleh vampire hendaknya.
Beliau kemudian bertukar-tukar nombor telefon, berjalan beberapa tapak meninggalkan mydin, beliau ketawa seorang diri lantas menjadi perhatian dari orang-orang lain. kembali semula ke sebuah lembah yang disinari ilmu. Fikiran S mula melayang-layang mengenang kembali pertemuan itu. Dan lagu Mati Hidup Kembali mula berdendang dalam minda seorang manusia bernama S.
TAMMAT
masalahnya sape S nih? wakaka
9 ulasan:
sape S ?????
suhaimi?
sapix?
sangkunang?
shahrizan?
shamsiah?
shazatul shima?
siti zahira?
selvaraj?
sivadasini?
Sofi????
S boleh jadi kau..
boleh jadi aku
boleh jadi Sesiapa
kerana stiap dari kita punya cerita
wakaka
cepat weh jwb sape S nih???
huhuhuh mcm citer aku aku kan suke g AR sorg2 tp for sure aku xkan jumpe org yg aku suke kat situ laha hahahaha :D herm.. mcm citer ko jek.. isk dah2 kurangkan spekulasi.. bg tahu sapa S sbnr nyer ahahah
p/s: thanks for answering my request :D
haha entah la sape S tu ek..
engko kot..tak kan la aku haha
ada satu lg on progress "indigo"
indigo? meaning?? huhuh
p/s: busy siot aku lately hahahaha :D
teringat huh org indigo yg ko ckp tue huhu :d yup2 aku mmg nk tahu sgt :P
memang tak faham maksud lagu ni.....
macam tak kena je penerangan fadzli tu...
ni pandangan cik seri saja
caiyok2 cikgu
cik seri..
cerita ni mmg saya putar belitkan pun
ni adalah kerana sifat lagu nih yang mulanya nampak mudah untuk dibedah akhirnya saya nmpk sukar nak bedah tanpa ilmu
mungkin ini la membezakan antara seorang pendengar dengan peminat
Catat Ulasan