kelik-kelik

Selasa, 10 Februari 2009

komik..oh..komik

komik..oh..komik

aku nih sebenarnya bukan penggila komik sangat pun, tapi bohong la kalau aku kata tak pernah membaca komik walaupun da berusia 22 nih. Ia bermula beberapa belas tahun lalu di sebuah pekan kecil di pinggiran tebing sungai.

di pekan kecil ini terdapat sebuah pekan sehari yang lebih lancar disebut pekan sari oleh orang tua. maka berbondong-bondong lah keluar warga kampung mendapatkan bekalan makanan dan pelbagai lagi keperluan demi memenuhi keperluan dan kehendak mereka dan keluarga mereka.

dalam keriuhan dan kepelbagaian yang memenuhi setiap ruang fizikal lantas menyesakkan minda anak-anak kecil. Di sebuah sudut terdapat peniaga yang menawarkan bahan-bahan bacaan yang sudah lama atau lebih mesra dipanggil back dated issues. sudah pasti yang ditawarkan bukanlah buku-buku yang bakal memenuhi khutub khanah dalam bilik darjah sebaliknya buku-buku yang boleh mendatangkan sumpah seranah dari sesetengah ibu-bapa.

aku pula agak bertuah, diberi peluang untuk memiliki komik-komik lama untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan contengan warna Luna yang banyak aku miliki. lama kelamaan, gila-gila sudah menjadi kebiasaan dan watak PST misalnya aku kenali walaupun masih kecil lagi. Siapa PST ?tu haha. kemudian datang pula sebuah komik yang lebih segar iaitu Ujang sekitar taun 93-94. semasa itu, ujang diterajui oleh seorang kartunis yang bernama ujang sendiri haha. mestilah kan dia la yang buat tu, dari zaman Karisma sehingga MOY sekarang. nama-nama seperti gayour, sukun, bawang, aie, ubi, lengkuas merupakan antara kartunis old timer ujang nih. dulu ujang gak mempunyai kartunis berbangsa cina..apa nama dia ek lupa dah, selain tu kartunis wanita juga ada iaitu leen mafia dan sarah. dua2 skang da tarak..leen keja uitm, sarah belaja kot.

kemudian menginjak ke alam seluar hijau baju putih, da tak macho la baca ujang...kita baca gempak lak. sebuah majalah yang ada info, kartun, ada cerpen juga. gempak sebuah komik yang menarik gak untuk menghabiskan belanja kira-kira RM 3.50 sebulan, lepas tu dia naik..dan naik lagi. yang glamer di gempak selain mat gempak ialah jinggo, under 18 dll. kemudian pindah lak aku kat utopia yang lebih cool haha. kat sini malas nak cita lah.

masuk ipba lak..diperkenalkan ngan kreko oleh rakan2..boleh baca tapi x bleh nak follow. biasalah katun jepun tak bleh masuk sangat.

okeh..skang ni cita pasal perlu ke aku berubah. mungkin perlu dan mungkin tidak.

tapi aku baca gak buku sebenarnya, terutama skali yang ada kaitan ngan sejarah, bangsa, ketenteraan. novel pun baca gak tapi bukan spesis jiwang leleh la..aku baca faisal tehrani, nizam zakaria dan ramli awang mursyid haha.

5 ulasan:

selendangkapas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
selendangkapas berkata...

dah lama tinggalkan komik sejak masuk u. paling rancak baca komik masa matrik.

baru beli "Personal Justin" karya Ramli Awang Murshid sebab tak baca lagi ADAM

novel faisal tehrani yang paling cik seri suka: "Manikam Kalbu"

kudabesi berkata...

manikam kalbu?

tu ringan gak rasanye cara dia buat

tuhan manusia ni berbelit gak la otak

sbb saya ni bkn org sastera ngan agama kan..bila bace takat baca la

kudabesi berkata...

RAMLI AWANG MURSYID saya baca sebab dikelilingi peminat beliau

lagu satu best sbb kat msia ni dia je yg tulis novel mcm tu

ADAM yg 1st baca la, kisah polis menuntut keadilan thadap dirinya

inspirasi dari kisah prebet adam katenya

Suhaimi Abd Wahid berkata...

uhuh wei dah lama x baca novel2 yg agak berat an d baca komik nie huhuhu :d nnt update aku wei psl faisal tehrani nyer novel2 terbaru :D