kelik-kelik

Ahad, 15 Februari 2009

Indigo

anda rasa sewaktu kecil dahulu anda sering bercakap seorang diri?

anda terasa begitu sukar untuk difahami oleh orang lain?

anda rasa anda punya kebolehan untuk menerobos ke 'dunia' di sebelah sana?

anda sering melihat dunia dari sudut berbeza?

anda sering mengkritik, meluahkan isi hati atau digolongkan sebagai rebel?

dah la banyak lak aku bertanya nih.

apa yang aku tanya ni sudah semestinya bukan soalan wajib dalam uji bakat AF mahupun temuduga terbuka untuk mencari seorang bakal guru GSTT.

apa yang ditanya ini adalah sebahagian dari soalan yang telah disediakan oleh seorang forummer mac_taylor di cari.com

siapakah orang yang dicari ini?

mereka yang banyak menjawab ya bagi soalan-soalan seperti ini mungkinlah tergolong dalam kumpulan anak Indigo. Bukan anak rimau, bukan anak kerak tapi anak indigo. The Indigo Child kate mat salleh bin mat putih.

Indigo yang ingin direncanakan untuk kali ini sudah pasti tidak merujuk kepada boy band in the 90's tu. Indigo adalah salah satu warna yang telah dibahagikan warna-warna optical spektrum oleh Sir Isaac Newton.

Indigo Child/Adult ini merupakan satu terma yang dimulakan oleh seorang psikik bernama Nancy Ann Tappe dalam buku beliau. Dalam buku ini ia telah membahagikan personaliti manusia mengikut warna 'aura' mereka. Kononnya si Nancy the psychic ni boleh melihat warna aura dalam diri individu lain. Maka setelah beliau membuat pemerhatian dan kajian, beliau telah mengatakan yang 60% orang berumur 14-25 tergolong dalam aura indigo. Manakala bagi kanak-kanak berumur 10 tahun pula kira-kira 97% ada aura indigo. Kajian ini dilakukan pada tahun 60 an.

Dan akhir-akhir ini masyarakat barat yang semakin mengejar ilmu mengenai diri, emosi dan spiritual telah membuat kenyataan dimana bilangan anak-anak indigo ini semakin bertambah dan bertambah. Bercambah membiak dan membiak lagi.

Dah tu ape masalah dengan indigo ini? suhaimi mesti da pelik kan..ape istimewa dengan indigo ini. Orang kita dulu-dulu pun tau jer pasal personaliti diri seseorang melalui pelbagai cara tarikh lahir la, rambut dll. Air, tanah, api...mcm2 la, x nak cite =)

Dikatakan bahawa mereka yang digolongkan dalam kumpulan indigo ini memiliki ciri-ciri seperti memori yang kuat, pemikiran yang jauh, dan yang penting iaitu berminat dengan perkara psikik, misteri dsb. Serta ciri lain ialah kebolehan mereka dalam bidang psikik ini.

Psikik yang macam mana? itu mungkin bergantung kepada individu. Ada yang mungkin dikurniakan kebolehan untuk membaca fikiran, ada yang mungkin boleh mempunyai pra rasa. Ada yang mungkin boleh terlihat entiti walaupun dorang tak mintak.

Jadi mereka ini X-Men ke? atau pun seperti Prof.Xavier yang boleh baca minda (kalau dapat kat aku, aku scan otak2 orang LPM..lepas tu tulis buku soalan bocor haha). Sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak menyedari kebolehan/kurniaan ini. Lebih malang lagi, akibat benda sebegini mereka akan terpinggir dari kelas dan masyarakat. Ya, mereka mungkin berkelakuan seperti weirdo sket. bayangkan dorang tau ape yang korang tak tau, tapi dorang tak cite je. kenapa dorang tak citer mungkin dorang sendiri tak faham apa yang berlaku atau mungkin dorang tak mau digelar penipu pulak (da la perangai pelik, kencing lebat lak tu haha).

Dan mengikut pembacaan aku di cari.com tu, kebanyakan anak indigo ini didognosiskan sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), ADD dan OCD. Rujuk balik subjek sem 1 pasal tingkah laku bermasalah dalam kelas.

Aku malas nak cerita sangat pasal golongan indigo yang dikatakan boleh membawa dunia ke satu tahap yang lebih tinggi. Atau mereka yang bakal menjadi penghubung antara sini dengan E.T misalnya. Apatah lagi cerita pasal ramalan Nostradamus terhadap golongan ini.

yang nak difokuskan ialah kewujudan golongan sebegini dan persediaan guru..adakah perlu untuk melayan mereka atau secara automatik kita pisahkan mereka sebegini dari p&p. Tapi masalahnya aku tak nak jawab..korang pikir la sendiri haha. dan kalau benar keupayaan psikik mereka ada, bolehkah mereka digembleng bagi membantu penyiasatan polis..perisikan tentera ini lah perkara yang kita perlu pandang. idea sebegini tak seharusnya hanya jadi realiti dalam novel Detektif Indigo sahaja.

sbagai penutup, anda boleh saja menerima mahupun menolak mengenai anak indigo ini. ia bergantung kepada pentafsiran anda sendiri. kelebihan yang dimiliki oleh mereka mungkin akibat perkembangan dunia sekarang, anak-anak zaman streamyx sudah pasti berbeza dengan anak-anak zaman telefon public. bagi yang menerima, ia boleh menjustifikasikan bahawa kita sememangnya tidak mengetahui semua perkara. apalah sangat ilmu yang kita ada. apa yang pasti, semua yang berlaku adalah dengan izin Nya.



Tiada ulasan: