kelik-kelik

Jumaat, 29 Oktober 2010

BANTAHAN! PERTAMBAHAN KELAB


ada live band!

setelah membuat pertimbangan rapi, aku tak bersetuju dengan rancangan bagi menambah jumlah kelab malam baru, melanjutkan masa perniagaan kelab malam dan melonggarkan syarat persembahan artis luar negara.

pertimbangan aku berdasarkan kepada dokumen yang dikeluarkan oleh PEMANDU sendiri, bukan berdasarkan sumber lain. aku download sendiri dari website dorang. dan bukanlah atas dasar anti-establishment, sebab tu aku tak ada masalah dengan Menara Warisan, selagi struktur asal 2 Stadium tu dipelihara.


ramai rupanye patutlah nak tambah lg, ni time public holiday

aku faham bahawa atas kertas, benda nih boleh menjana pendapatan negara, kita boleh kutip cover charge, cukai hiburan, cukai alkohol dll. tu tak masuk lagi peluang perkerjaan bouncer, bartender, waitress..5614 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata PEMANDU.

TAPI, tu atas kertas..diluar kertas, kita duk meraung katanya kelunturan masalah sosial, kebobrokan, dadah dsb. dengan jumlah sedia ada, kita masih belum boleh kawal lagi dengan kebanjiran china dolls, uzbek dolls, indon dolls..yg kalau kita tengok 999, hampir tiap episod D7 buat serbuan, imigresen buat rush. tu tak kira lagi, rush dari Narkotik, JAWI, JAIS.

jumlah pusat hiburan/ kelab/ bar untuk para clubbers dari dalam dan luar negara di Lembah Klang sebenarnya lebih dari cukup. boleh bilang sendiri dari BB, Jln Sultan Ismail, Jln Ampang, Bangsar, sampai ke Sunway. rujuk sini. tu tak kira club haram+karoke+spa.

imej apa lagi kita cuba lukis pada KL? cuba lihat ibu kota negara membangun, adakah mereka mempunyai night life yg sangat awesome? kalau di Bangkok mungkin

kalau terlaksana, cuma akan menambahkan liabiliti berbanding untung yg diperoleh. tu belum kira political damage

THINK TWICE YOU SHOULD.

namun, aku bersetuju mengenai bangunan kelab nih harus kalis bunyi (soundproof). cuma jarak dari kawasan perumahan dan keagamaan perlu ditambah lagi, 100 m mana cukup!. speaker tu punya la kuat, tak kira jam lg, orang mabuk lg. 1 KM paling kurang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie yg wat aku kdg² xbpe stuju ngn kerajaan nih,mcm mana nk menang kt kelantan kalau blom apa² dh bg cth tak baik,igt skit undi kt kelantan tuh pas menang sbb org² tua berkopiah yg dok pkir psl agama je (even diorg kdg² taksub gila ngn nik aziz)
time cm nie PERKASA xtau pergi mana,,ibrahim ali tgh sakit,ok,mungkin dia xleh bagi apa² komen.tp aku ada ter baca satu blog yg kata si arman tuh setuju dgn cdngan nih!aku harap bnda² akan disemak balik oleh kerajaan yg dikepalai oleh UMNO Melayu Islam.

*wan mohdfazli

Tanpa Nama berkata...

bloody ape perkasa nak sokong? sbb dia letak semua pusat hiburan kat satu tempat?

ingat zouk nak pindah? borneo? tiestos? susah gila nk pindah kot. esp klu tempat tu lg byk kelab grand.

lg satu, aku rasa tempat nih mesti dilabelkan dgn benda x elok. x pernah dgr red light district??? nak wat cam tu ke? kawasan hiburan +++++ servis bawah tanah

cam tu baik halalkan weed kat kawasan tu..ramai sket org dtg.

ironhorse