kelik-kelik

Isnin, 22 Februari 2010

mat bond- mat kool



Mat bond..jeng-jeng

salah satu cita-cita kanak-kanak lelaki zaman dulu, nak terlibat dalam operasi spy menyepai. dalam military jargon dipanggil intel iaitu singkatan kepada intelligence. intelligence bukan intelligent..tapi seorang mat bond, spy (kecuali spy baba) mesti intelligent.

Reconnaissance pulak dipanggil recon..atau bahasa budak muda sekarang recce, yang selalu dieja rickky atau riki. contoh ayat: "orait, nanti gua riki tempat tu..lu jangan risau".

ok tamat pelajaran bahasa pada hari ini.

kita belajar pasal mat bond koperat..iaitu mereka yang berkhidmat secara profesional untuk satu-satu syarikat untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada syarikat pengupah mereka.

corporate intel, bukan lagi asing di dalam arena perniagaan barat.

sesetengah ketua syarikat mengaplikasikan teori-teori sun tzu dalam perjalanan syarikat. adalah amat penting bagi sesebuah syarikat untuk mengetahui latar belakang, kekuatan, kelemahan dan juga sebarang maklumat pesaing bagi membolehkan syarikat mereka ke hadapan berbanding pesaing.

sebagai contoh, sebuah syarikat ayam goreng nih mendakwa memiliki resipi rahsia yang menjadikan ayam goreng mereka crispy,juicy lagi spicy. syarikat Mchick n Dick pula sebagai pesaing perlu tau apa resipi rahsia tersebut. kalau dapat tau, boleh tiru. boleh juga sabotaj...dengan kata resipi rahsia tu tipu atau tidak halal.

dan di sinilah peranan yang dimainkan oleh corporate intel, iaitu untuk menyalurkan maklumat tersebut.

corporate intel boleh terdiri daripada department khas dalam sesuatu company, dan boleh juga dari syarikat luar. bagi department khas dalam company tu..biasanya jawatan tersebut dikelabukan dengan nama pangkat yang pelik-pelik. atau berkaitan dengan keselamatan, tapi bukan guard. jawatan juga tidak diiklankan di media massa, memang tak da punya. jarang ada.

bagaimana nak memperoleh maklumat?

guna otak, guna duit

guna otak iaitu dengan menyusup masuk dalam organisasi dan cuba cungkil rahsia. susah sket nak buat nih. macam tak logik pun ada. tapi baru macam James Bond ataupun Mission Impossible.

guna duit iaitu kita beli (rasuah) sesapa yang boleh punyai maklumat tersebut. tak semestinya beli orang atasan, kalau boleh dapat dari tukang masak lagi bagus..save skit. ataupun rasuah guna cara holiday ke, hadiah ke, perempuan ke haha. nih cara keji sikit. nak beli pun kena wat kajian dulu, profiling..sapa yang boleh makan, sapa yang tak boleh. tersalah pilih orang, blown up the whole thing.

sapa yang layak jadi mat bond koprat?

mereka yang pandai korek maklumat, tapi pandai tutup mulut. boleh jadi jugak, orang yang pandai kecek lebat. pung sana..pung sini. tapi maklumat sume tak leh pakai. boleh jugak orang yang terlampau banyak baca novel Tom Clancy, Ian Fleming. tengok citer spy 24/7. boleh gak orang yang rasa dia hebat dan ada feeling nak jadi spy tapi BMI ke laut. so fail interview haha.

Aplikasi di malaysia

dah ada pun...berskala kecil-kecilan dan mega pun ada. yang kecil contohnya, sibuk nak tau kenapa gerai sebelah laku. jadi dia antar la anak sedara dia jadi customer sambil wat evaluation dan risikan haha.

yang mega nih pasal tender multi juta-juta. sangat diperlukan untuk ketahui pakej yang dioffer serta berapa tawaran harga.

nih semua fiksyen semata..jangan percaya sangat

3 ulasan:

3F@unsp0ken berkata...

pnjg cekgu merepek hari ni...
ada ape2 significant x dgn ap yg dah jadi kt skola hari ni yg bisa buat ckgu mengarang karangan berpandu pnjg gini??? :p

kudabesi berkata...

ko suh aku cite pasal cikgu ke kupu2?

aku copy paste je la aku punye jurnal praktikum haha

3F@unsp0ken berkata...

ceh! hahaha