Setelah kena sound ngan blogger
QQQ, aku arinih kembali kepada asal hoho. Biasa la, ape barang laki cerita hal cam tu. lain macam jer.
Dah lama sebenarnye, sejak aku menangguh dengan sukarela entri mengenai Al-Maunah. Bukan tak nak buat, tapi i'm part time blogger, full time student ticer . Periksa diutamakan, fail didahulukan. Gambar-gambar menarik Al-Maunah pun aku dah curik dari MilitaryPhotos.net, cuma tinggal seru je nak tulis. Senarai menunggu: Mahathir London Dawn Raid. Saje je aku guna nama mat saleh, senang sket bila google haha. Lagi pun orang Melayu kalau buat bisness memang suka guna nama mat saleh.
Cuma hari nih, aku cuma nak menambah komen sket jer tentang isu semasa. Tentang Polis Di Raja Malaysia yang dikatakan 'trigger happy'. Perkara nih pun dah diulas oleh
Mazidul dan bro Tzerole. Mula-mula kes yang
kakak minum racun sebab adik kena tembak. Lepas tu kes kat Perlis, bila
orang ngamuk kena tembak gak.
Nak tulis pun pasal
dobok tanya kenapa tak ditembak kaki aje?
Jawapan mudah aje, masa diberi peluang untuk tembak air rifle yang harga ribu ribu tu berapa ramai jer yang dapat tembak tepat?
Air rifle yang digunakan tu adalah standard pertandingan antrabangsa. Dibantu dengan pejera optik, boleh duduk atas kerusi, siap ada instructor, dan berhawa dingin pun belum tentu lagi kena. Tu tembak subjek pegun, belum tembak yang bergerak. Lagi la susah. Mengikut World Gun Russia, menembak menggunakan rifle adalah berkali ganda lebih mudah berbanding menggunakan pistol.
Dalam gerak khas ke citer koboi ke boleh la nak tembak tangan, lengan, kaki, tayar kereta.
Yang sebenar berlaku susah, subjek bergerak..bersenjata dan emosi tidak stabil. Demi mempertahankan diri memang la polis tembak subjek. Dan tempat paling mudah tembak ialah kat dada, perut.
Tak payah la nak kutuk-kutuk brother polis tu. Kalau setakat polis Tugas Am / General Duty dorang nak kuarkan pistol pun susah. Saje je bawak ke hulu ke hilir pistol tu. Ingat senang ke tembak orang, angkat mayat pun boleh kena badi. Ini pulak tembak orang. Tapi mengenangkan keselamatan diri dorang tembak gak la.
nak baca pasal ulasan lanjut pegi blog Obefiend tu. Dia lagi pandai. Banyak pengalaman katakan.
p/s: gua bukan anggota polis, anak polis mahupun kadet polis. sekadar peminat A.C.A.B satu masa dulu wakaka. pernah join kawat cam kat ipd time sedap2 aku surf. benci betol time tu.
p/p/s: berapa banyak link daa..hepi oliday. slamat berbahagia.
6 ulasan:
yas ya! guna shotgun lebih mudah menembak lu tau! aku penah guna GLock, lahanat punya susah, tu targert 50m dihadapan! nasib baik la kena gak walaupun x bullseye!
hehe lu memang ebat la..
Glock berapa lu pakai? jangan kate lu nih SB atau UTK?
hehe shotgun senang pakai penerabur je haha. memang kena punye.
humm... ye, pndangan incik ironhorse mgkin betol
-tp... fikirkan sejenak perasaan ahli kluarga si mati tuh. kalo kne kt kite pon... sedih gak~
-hati menguasai waras bile da terlampao sedey (tu yg xleh nk pk betol2)
iye..cik silent btol tu
sbb tu yg menembak tu akan diinkuiri balik nanti. pegawai dari BA akan tanye macam2.
kita semua mahkluk penuh emosi, cara bagaimana kawal emosi tu berbeza
kalau nak fikir kan, adakah perlu tembak selepas seorang anggota kena kelar dulu?
abih perasaan kuarga anggota tu tak nak fikir?
sekarang nih penjenayah dah jadi hero...Polis jadi penjahat...dunia akhir zaman...lepas nih kalau kena rompak/samun/pecah rumah/kawalan keselamatan/curi dan lain-lain tolong siasat sendiri yea...
cerita pasal weapon ke? woo!
Catat Ulasan