kelik-kelik

Khamis, 19 November 2009

malam rambu ramba

aku nak wat entri gedik gila babi..haha dah setaraf blogger blogger bimbo.

sape ada bantahan sila telan kau orang punye air liur. memang hati kering dah nih hoho.

disebabkan 'nature' aku yang quiet and reserve memang tak ada banyak pun cerita peribadi kat sini. lagi pun tak perlu tau pun kat mane aku beli shampoo ke, makan tengahari ke..sebab aku mengamalkan prinsip asal mudah lagi halal. (bajet hot sial..haha)

sebagai permulaan, atas meja aku ada item-item berikut:

1) hardisk cap kerbau buatan jepun. katanya anti gegar, tak pernah hentak lagi kat dinding. kandungan cakera keras nih dirahsiakan.

2) buku kuar masuk asrama yang baru berserta kad kuar masuk asrama yang tertulis nama IPPM kalau tengok bebetul. masih belum digunakan, kad lama yang warna biru pun tak abis semuka lagi. jarang kuar aku nih hoho.

3) buku latihan sivik dan kajian tempatan. biasalah, senang sket praktikum.

4) buku freebies yang aku wat tulis nota masa pegi kelas.

5) buku persediaan mengajar warna biru. biasa la cikgu mesti ada nih.

6) mp3 philips berfungsi sebagai pendrive. pendrive bebanyak pun kena sebat. choi!.

7) buku novel Kudeta (coup de' tat), hikayat muhammad ali hanafiah (hikayat perang), komik ada..FHM pun ada tapi bukan atas meja.

8) bekas kerepek kentang pringles, berisi syiling. isi dirahsiakan. rasanya ada syiling ostolia dalam tu. syiling yang pernah jatuh dalam printer aku.

9) botol kosong lipton green tea 9. berfungsi sebagai arca.

10) ubat batuk 2 botol. 1 KKM. 1 lagi CCM. yang KKM baru lagi. yang CCM lama gak dah, tapi kalau makan kanyor lagi orang chenor panggil.

11) jam berbentuk gitar pemberian kuarga angkat Abah dan Arwah Mak angkat kat Bertam, Gua Musang. Al-fatihah kat mak angkat yang telah pergi masa cuti bulan 6 haritu.

12) Laptop, bateri laptop, tetikus.

dinding

1) jadual waktu kuliah sem 6

2) tips nak tulis research paper amik masa sem 4. tak cabut sampai skang.

3) kad rekod shooting 10m air rifle kat MSN. jauh dari bull eye's. tapi dapat la 8. hoho.

amacam gedik tak?

ini macam aku tulis, mau berjuta-juta ringgit aku dapat dari nuffnang wakaka. boleh jadi jutawan internet, lepas tu buat skim macam Madoff buat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weh nper ttiba cam blog pompuan nih!

kudabesi berkata...

jiwa kacau bai..haha

jgn risau..anggap je nih parodi

Seri berkata...

haha...
kesiannya dia

TAAVEEKUN PERAK berkata...

salam ziarah,
cool bebeno blog mike.nyaman dan tenang.hehe.selamat berblog.