kelik-kelik

Ahad, 22 November 2009

Chin Peng : sorry no cure



permohonan maaf Chin Peng tidak wajar diterima sekiranya ia sekadar menambah perit di hati bekas perwira negara.

setelah 20 tahun 'Hatyai Peace Accord' berlangsung baru ini lah ketua komunis malaya ini memohon maaf. ia lambang ego yang terlalu tinggi.

bukan nak menafikan akan peranan anggota PKM dalam berjuang bersama-sama Force 136 dan Wataniah dalam membebaskan Tanah Melayu tetapi kejahatan dan kesan yang ditanggung negara melebihi pengorbanan. buat baik sehari belum tentu dapat menimbus zalim bertahun.

malah perjuangan PKM pasca 1957 juga menunjukkan bahawa mereka percaya akan revolusi rakyat pasti berlaku dan komunisme menjadi ideologi utama di sini. jika Chin Peng berkata askar mati dan komunis sama mati..jadi ia suatu yang adil.

baiklah, tapi bagaimana dengan pembunuhan besar-besaran hasil 'kangaroo court' di seluruh negara. bagaimana, kematian orang awam hasil sabotaj PKM? go to hell dengan taktik gerilla bakar umah rakyat, bom kereta api. gerilla should be supporting the people, not killing them.

perjuangan proletariat mana yang disanjung oleh PKM pun aku tak tau. kalau proletariat sudah pasti nyawa dan kebajikan rakyat marhaen sangat diutamakan.

aku tau nanti ada la puak-puak tertentu yang kata, malaysian ni poyo. jepun boleh maafkan, brits kita lupakan, portugal kita sanjung sebab ada ronaldo, belanda pun sama. ini lah yang boleh dikatakan, sengketa sesama sendiri memang amat pedih. perang saudara susah nak elok.

p/s: bak kate pensyarah aku "sorry no cure"

2 ulasan:

SangKunang berkata...

cimbeng dah mintak maaf ke?

Tanpa Nama berkata...

terpegun aku dengan ucapan hang!

best!