Kredit to milontong-Photomalaysia
Subang- Persembahan udara oleh pasukan Thunderbird dari Tentera Udara Amerika Syarikat telah berjaya menarik puluhan juta lemon dan sampah. Pasukan ini yang menggunakan pesawat F-16 telah berjaya menghiburkan penonton yang sabar menunggu dengan hati yang gundah, bimbang jika persembahan dibatalkan kerana hujan dan kemungkinan ribut akan berlaku. Sebelum persembahan utama, penonton telah dihiburkan dengan lawak jenaka oleh pegawai TUDM yang bertugas sebagai juruacara. Juruacara ini menunjukkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Kelantan dan bahasa Russia. Walaupun lawaknya disambut hambar oleh pengunjung, namun kegigihan dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta serta arahan haruslah dipuji.
Kemudian, acara disambung lagi dengan persembahan yang sungguh mantap dari Lt.Kol (U) Nor Azlan "GYRO" disusuli tepukan tahniah dan pujian yang melambung dari segenap masyarakat termasuk lah kelompok general-general tak bertauliah atau 'arm chair general. Keampuhan sistem dan kejituan enjin Su-30 MKM tidak memberi makna seandainya ia dikendalikan oleh mereka yang tidak mahir. Dengan kelajuan melebihi bunyi @ 'speed of sound' iaitu Mach 1 dan Mach 2 ia sudah cukup untuk membuatkan manusia biasa untuk pitam secara tiba-tiba. Anda boleh mempunyai beribu-ribu jam penerbangan di hadapan PC atau simulator tetapi perkara seperti G-Force dan suntikan adrenalin yang menjitu adalah perkara yang sukar untuk dihadapi oleh fizikal dan mental manusia. Jadi hargailah jasa dan pengorbanan mereka ini, yang sedia berkorban demi keamanan negara.
Persembahan dari Thunderbirds tetap berjalan seperti dirancang walaupun pada permulaanya gerimis telah mendinginkan kawasan penerbangan. Kesemua burung-burung ini berjaya melakukan formasi dan akrobatik yang telah dirancang. Dengan iringan muzik serta komentar dari Thunderbird no 8 iaitu Major Anthony Mulhare selaku narator ternyata ia cukup berkesan dalam persembahan ini. Sebagai sebuah pasukan akrobatik profesional, Thunderbirds mempunyai narator mereka sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti seorang dj radio tetapi juga seorang pilot Thunderbirds. Ia lebih berkesan kerana narator sendiri memahami manuver dan memiliki pengalaman dalam persembahan. Thunderbirds berjaya mengalihkan perhatian penonton kepada formasi diamond yang dibentuk di udara, dan sebuah thunderbird solo dari arah kiri telah membuat penerbangan rendah secara tiba-tiba lantas menjadikan pengunjung terpaku akibat bunyi bising pesawat. Manuver ini dikatakan sebagai salah satu dari element of suprise dalam serangan udara USAF.
Secara keseluruhan, persembahan ini dilihat berjaya dari segi pengunjung dan juga penganjurannya. Cakap-cakap mengenai perbandingan antara Thunderbirds vs Red Arrows tidak dapat disahkan oleh penulis kerana belum menonton secara live persembahan Red Arrows. Mungkin ada kebenarannya, jika dinilai dari sudut formasi dan manuver yang dilakukan. Terima kasih TUDM, USAF dan semua krew.
Tok_Rimau87 of MPSA @ kudabesi87 @ lipax
sukhoi 30 MKM, codename: cik su ;-)
3 ulasan:
beb,
gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek.
Selambe..
thx 4 sharing..bestttttt..
ak x dpt chance nk g nengok..
Catat Ulasan