kelik-kelik

Sabtu, 4 Julai 2009

monyet..kera..beruk...monkey

Salji dah turun! monolog aku sebentar tadi..mane la tau, kot-kot impian cikgu ramli nak main ice skating kat sungai pahang masa dia ngajar aku 14 taun dulu da tercapai.

mana juga tau sekiranya Bangsar dan sekitarnya dilimpahi salji selepas melihat jumlah mat saleh celup yang ramai disini. kalau betol salji turun aku da balik pahang nak main ice skating ngan tanam strawberry. namun segalanya musnah, bukan salji tapi susu tepung anlene yang bertarabur kat pantry tu.

member aku cakap ni keja kera kat hutan belakang yang tinggal sekangkang kera. saksi berkata, mereka gagal menghalang kera dari membuat onar kerana tidak dilengkapi senjata api. (ape lagi, tubuhkan home guard cepat! aku nak shot gun satu). nampaknya, kera juga mahukan tulang yang kuat lagi kukuh. sebab tu mahkluk tu amik anlene, bukan wanita malaysia saja berdepan tulang rapuh tapi kera malaysia juga hadapi tulang rapuh.

semoga kera tersebut sihat dan kuat untuk mencari rezeki di tempat lain pula. harap juga kera itu tak alergik laktosa. ape pun, happy anniversary utk intake 05, bdk2 pismp lak da 4 taun la menuntut disini.

2 ulasan:

dzulhakim baharom berkata...

kadang2 kera tu ganas2
paling ganas ketua dia
dulu hampir2 kena kejar dek mereka

SangKunang berkata...

kera-kera, beruk-beruk berperangai tak ubah seperti monyet-monyet di dahan-dahan pokok. tak kenal dek untung!