kelik-kelik

Ahad, 10 Mei 2009

Enrique


nih bukan nak tulis pasal Enrique Iglesias tu..tak de masa nak cerita pasal artis hollywood kat sini. nak baca cerita artis pegi kat murai la, nama pun murai haha.

Enrique yang diceritakan merupakan satu individu Melayu yang telah menjadi krew dalam pelayaran Magellan mengelingi dunia pada satu masa nan silam (cewah). Terjumpa dengan nama nih masa jalan-jalan secara maya di cari.com biasalah lepak-lepak di PLH mesti ada cerita-cerita legend macam nih. Kemudian dapat pulak link ke blog nizam zakaria dan telah menyedut cerita Awang Vampiro disana.

Enrique The Malacca, Henry The Black merupakan nama yang telah diberi oleh mat saleh merujuk kepada Panglima Awang. Ada juga yang panggil dia Henrich, Henry la juga tu cuma dalam sebutan atau lidah penutur bukan Inggeris.

Panglima Awang dikatakan merupakan berusia sekitar 17-18 tahun semasa ketamadunan Melaka diserang oleh Portugis. Akibat sengketa dan leka, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis walaupun tetap dilawan oleh pendekar-pendekar serta rakyat yang masih setia. Antara yang turut sama berjuang mempertahankan Melaka ialah Panglima Awang. Malang bagi beliau kerana telah ditawan bersama-sama rakan lain oleh Portugis walaupun mereka bukan calang-calang pemuda. Silat dan isinya merupakan latihan harian mereka, namun segalanya sudah tersurat Melaka berjaya juga ditawan.

Nasib pemuda-pemuda ini kebanyakkanya dijadikan hamba atau tawanan perang oleh Portugis. Selepas beberapa lama, mereka dibawa balik ke Eropah bersama-sama angkatan perang. Tawanan-tawanan ini ada antaranya kemudianya dijual di perhentian-perhentian kapal ini seperti di Gao, India. Bagaimanapun, Awang tidak dijual kerana mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan tawanan lain. Dikatakan Awang kelihatan lebih gagah dan sasa dari pemuda Melaka lain. Selain itu, Awang ialah orang yang bijak dengan mudah dia cepat belajar bahasa asing dan dapat menguasai bahasa itu dengan baik. Dan dikatakan kemungkinan Awang ini orang laut, jadi asam garam di laut sudah menjadi resmi hidupnya. Sudah pastilah ini membezakan dia dan orang lain.

Kapten Kapal, Ferdinand Maggellan telah memberikan sedikit keistimewaan kepada Awang dan dibenarkan dibuka rantai serta berkerja sebagai kuli di kapal. Maggellan telah menukarkan nama Awang kepada Enrique iaitu nama Portugis. Ada juga versi mengatakan bahawa Awang telah ditukarkan agamanya. Bagaimanapun, perkara ini tidak dapatlah dipastikan kerana mungkin berlaku penambahan cerita oleh barat atau mungkin juga Awang berasal dari suku yg masih belum memeluk Islam.

Maggellan telah membeli Awang dari Alfonso de Albuquerqe kerana merasakan Awang sebagai seorang rakan bukan lagi layak menjadi hamba. Awang telah berkerja dengan Maggelan di Portugal. Mungkin beliau antara anak Melayu terawal yang menetap di Eropah. Maggelan pula telah melarikan diri ke Sepanyol dan meminta untuk raja Sepanyol menaja ekspedisinya untuk keliling dunia dan mencari jajahan baru untuk Sepanyol. Atas reputasi, maka Maggelan diterima walaupun dia orang Portugal.

Melalui perjalanan dari barat mereka telah membuktikan dunia ini bulat kerana telah menemui bahagian timur iaitu di Filipina. Tiba di Filipina, rombongan kemudiannya telah diserang orang tempatan. Maka tamatlah riwayat Maggellan dan puluhan anak kapal lain. Pelayaran telah diteruskan oleh Panglima Awang yang mengemudi kapal balik ke Sepanyol. Bagaimanapun, pengiktirafan diberikan kepada Maggelan kerana Awang bukan orang eropah.

Tiada yang tahu sebetulnya cerita selepas ini, ada yang kata dia kemudian balik ke Melaka, Nusantara. Ada yang kata dia tinggal di eropah. banyak versi

---------------------------TAMMAT-------------------------

cerita ini bukan semata-mata fiksi tetapi sebuah peristiwa yang telah luluh dan reput dalam sejarah kita. catatan jurnal pelayaran Maggelan oleh Antonio Pigafetta turut menyenaraikan nama Enrique.

Henry the black juga memang ada dalam sejarah kelautan barat, yang tidak ada ialah peranan sebenar dan sumbangan serta nama Awang itu akibat permainan mereka yang mahu menyembunyikan kekuatan dan kemasyhuran ini.

Nama Panglima Awang ini dikatakan sekadar ciptaan Harun Aminurrashid, seorang guru MPSI pada tahun 1957 dalam novel 'Panglima Awang'. Kemudian Dr HM Tuah dengan novel beliau 'Enrique' terbitan Utusan kerana menang HKSU taun berapa entah.

Tun Dr Mahathir pada satu masa pernah meminta pihak-pihak berwajib menjalankan kajian mengenai Panglima Awang ini. Jangan sampai kita terlupa bahawa kita juga bangsa yang gagah meredah samudera mencipta kejayaan tetapi bukan penjajahan.

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?"

TDM- Perjuangan Belum Selesai

8 ulasan:

Mr Zakwan Johan berkata...

Dekat Chile Hill ni pun ada seorang gagah perkasa bernama Awang.....
Beliau sering mengatur langkah dari rumahnya ke Simpang Chile Hill tanpa mengira cuaca dan waktu....
Bagi aku, beliau merupakan seorang yang gagah kerana tabah dan cekal menjalani rutin kehidupan seharian...

kudabesi berkata...

walawey..

tu awang lain haha

dulu dia ada moto, x tau mana pegi moto

aFiQ berkata...

Posting yang sangat baik otai..terima kasih atas informasi anda..rajin2 la update blog anda..amat seronok dan berilmiah utk dibaca~

kudabesi berkata...

tak de ape afiq..sekadar nak berkongsi

lagipun TDM pun ada sebut, dah pasti dia pun percaya

kita boleh belayar sbb melayu polinesia nih mmg boleh belayar dari awal lagi

cuma satu yg halang sekarang ialah sbb budaya yg wujud dlm kelasi skrg yg kebaratan..

SangKunang berkata...

waaaaaa!
satu post yang amat menarik dari encik kuda besi.
sebarkan lagi kisah ini. biar orang kita sedar betapa hebatnya orang kita satu ketika dulu..

hmm, rupe2 nye pemuda ini lah yang dimaksudkan tun dr mahathir dalam puisi beliau....

kudabesi berkata...

nih aku menyebarkan la nih..

kita bangsa penakluk samudera satu masa dulu

majulah bangsaku, gapai impianmu
maju bersama tak lupa agama,
biar kita hidup beradat,
menatang budaya, menjadi bijaksana

Tanpa Nama berkata...

Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually help Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.

kudabesi berkata...

this never been proved in history..

but as you mention earlier, panglima awang may change his loyalty towards the portugese as he seen the cruelty in the last Sultanate