kelik-kelik

Jumaat, 13 Mac 2009

timun dan durian

ape nih da lama meninggalkan arena perbloggeran (satu pencemaran, atau pengayaan? anda tentukan) lebih-lebih lagi selepas blog telah menjadi satu topik dalam kami belajar membina sebuah media pengajaran. apa bila da di pelajari secara formal ni macam biasa la timbul perasaan malas. sebab tu tak siap-siap lagi blog kajian tempatan aku tuh.

sebenarnya, ni la waktu puncak untuk sem nih..jadi biasa la kehidupan jadi sedikit hectic dan menambahkan asam garam gula dan pewarna dalam kehidupan manusia. bila hectic..kita jadi stress, bila stress kita jadi burn out..dan bila burn out kita tak pegi kelas haha. produktiviti dlm menghadiri kelas pun automatik turun. bila turun, nama kita naik..dan bila kita naik, pikir la sendiri.

dan sekarang hasil tinjauan selama beberapa minit di blog list, telah melihatkan isu PPSMI bergema di ruang siber. satu situasi yang menarik kerana disini kita melihat mengenai satu polemik yang kalau tak diselesaikan segera dijamin akan bertukar jadi epedimik ke atas negara permai ini. siapa sahaja boleh punyai pandangan sendiri, menyokong atau menentang tapi baru-baru ini jalanan telah jadi landasan GMP membawa isu ini selepas dikatakan dipandang sepi oleh pihak sewajarnya. dan politikus kembali lagi dijalanan membawa isu ini bersama-sama dengan tokoh bahasa. dan keranda 152 kembali diarak selepas berdekad lama tersimpan. harap-harap yang bawak tu faham erti 152. aku tak nak mengulas lagi, rasanya dari tahun lepas lagi da jawab dekat forum, blog dll.

cuma kepada blogger pro ppsmi apa salahnya nyatakan pendirian dengan meletakkan fakta-fakta dan hasil kajian yang berkaitan dengan kognitif kanak-kanak, teori L1 & L2, perkembangan bahasa, barulah dihormati sket. buku kan banyak.

yang anti ppsmi pun perlu juga bersandarkan perkara-perkara ni..selain bersandar pada artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. juga rasanya sudah diketahui bahawa setiap peminjaman kata dari bahasa asing akan mengayakan lagi bahasa kita.

tapi macam mana pun, ini blog dan siapa saja boleh menulis..asalkan kita mampu bertanggungjawab atas entri itu. "blog aku, suka ati aku la" telah menjadi satu pegangan bloggers masa kini termasuk aku pada satu masa dulu.

2 ulasan:

aFiQ berkata...

mansuhkan PPSMI~hehe
ko trun di jalanan x ari 2 otai?

kudabesi berkata...

bukan budaya aku duk merusuh di jalanan nih haha

lg pun aku bukan tolak secara total..

yg tolak scr total tu GMP, Kesatuan Guru tolak di peringkat sek rendah je

peringkat IPT biarlah..sbb student tu kita da pilih dgn syarat minima & ada penguasaan thadap Eng

pg la sekolah tgk keadaan sebenar dulu..review balik kurikulum Eng skang..agar sesuai dgn zaman ICT ni