kelik-kelik

Ahad, 11 Januari 2009

Antara boikot dan demonstrasi..

siapa yang boleh menyangkal bahawa kita tidak ambil prihatin terhadap saudara-saudara kita yang sedang menderita akibat di belasah habis-habisan oleh kempen IDF (israel defence force) untuk melakukan holocaust bertopengkan misi menghapuskan pelancaran roket al-Qassam dari briged-briged Hamas. Apa yang berlaku sekarang tidak berbeza malah lebih kejam dari yang dilakukan oleh SS kepada yahudi-yahudi di eropah dalam perang dunia ke dua.

tindakan israel yang mengebom rumah perlindungan,menembak ambulan Palang Merah, membunuh kakitangan bantuan PBB juga jelas telah melanggar mana-mana protokol dan undang-undang yang dipegang oleh angkatan bersenjata seluruh dunia. sudah jelas yang israel sekarang ini berada dalam satu pemikiran yang mereka sudah 'above the law'. PBB juga dilihat tidak boleh melakukan tindakan kerana dihalang oleh kuasa veto Amerika Syarikat.

sekarang ini diharapkan pimpinan OIC dari terus bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi mengecam Israel sebaliknya bertindak untuk mengatasi masalah ini dengan memberikan bantuan dari segi perubatan dan dana serta menghantar tentera ke wilayah bergolak itu. tak perlu lagi menunggu ketetapan atau kebenaran dari PBB kerana ia hanya menambahkan lagi derita. buat masa ini, tak lagi dilihat sebarang usaha untuk menggerakan tentera di bawah panji-panji OIC ataupun liga arab. Yang kedengaran ialah usaha untuk menghantar sukarelawan di bawah NGO Islam. Mungkin negara-negara Islam sekarang, masih memikirkan risiko dituduh negara pengganas apabila menyokong perjuangan Palestin. Pergolakan politik dalaman negara-negara OIC juga menyukarkan tindakan ini. Ketegangan antara negara-negara Arab bukan lagi rahsia. Malah di Palestin sendiri konflik kuasa terang-terangan berlaku antara Fatah dan Hamas walaupun keduanya orang Palestin.

dan sehingga sekarang, pilihan yang ada ialah untuk memboikot dan berdemonstrasi walaupun kesanya dilihat lebih kurang efektif berbanding menghantar tentera untuk mempertahankan rakyat Palestin dan Gaza. ini lah nasib kita semua sekarang, walaupun ramai tapi masih dibuli. berbeza dengan yahudi yang menguasai ekonomi dan politik. pengaruh mereka begitu besar sehinggakan Putera Harry yang dilihat memakai lilitan lengan Nazi di Sandhurst terpaksa meminta maaf kepada komuniti ini. ia berbeza dengan reaksi yang diterima apabila umat islam meminta akhbar negara eropah kerana menghina nabi. sekali lagi pilihan kita, boikot dan demonstrasi sebagai usaha menyedarkan semua pihak termasuk pemimpin dunia Islam.

p/s: setakat nih memang tak leh nak hapuskan Hamas, selagi mereka di jalan yang benar. perjuangan nih tak tamat..syahid seorang, beribu lagi sedia. sebab perjuangan ni berdasarkan prinsip menang atau mati berjuang

5 ulasan:

anjut berkata...

salam...bagus entry nih!aku seru kepada semua penulis blog, tulis la pasal sedara kita kat palestin...dlm 2 tiga patah perkataan pun tak per...ini je ygg kita mampu lakukan selainn berdoa dan derma..keep up writing ok!

Tanpa Nama berkata...

Dunia arab terlalu takut nak bersuara sedangkan mereka negara yang kaya. negara kecil seperti Malaysia hanya mampu membawa mesej kecil dan hanya dipandang sepi oleh mereka, itupun jika Israel sudi memandang. Sedangkan negara-negara Arab mampu melakukan sesuatu yang lebih besar, sekatan minyak contohnya. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Minyak adalah komoditi dan juga senjata terhebat zaman ini. tapi, biasalah orang Arab kaya, orang yang tak pernah susah memang sukar memahami penderitaan, terutama penderitaan orang lain. Orang Islam harus bersatu menentang Israel, walaupun tanpa senjata. Memboikot produk US-Israel misalnya, walaupun sukar kerana ia sebahagian daripada barangan harian dan dah jadi sebahagian daripada cara hidup, masih boleh dilakukan. walaupun kecil, namun impaknya diharapkan sangat besar. Semoga Allah terus memberi ketabahan dan kekuatan untuk Mujahiddin di Palestin.
Amin.

kudabesi berkata...

boikot gak old town haha

Tanpa Nama berkata...

old town tu local diner chains tp x halal lak. tempat dh kelas dah. on par ngn starbucks la ;-) tp x halal lak.tu yang x best tu..tp dah bergelen coffee dia aku minum pastu assam laksa pulah superb..kira halal jelah ek.
emm lepak syed and pelita jelah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

boikot jangan x boikot
boikot ni antarat kaedah wuntuk meningkatkan semangat orang ISLAM untuk membenci israel.
tapi ada gak orang ISLAM yang mempertikaikan boikot.
dia kata kalau nak boikot kfc kta kena boikot segala macam benda, termsuk la meja dan kerusi