kelik-kelik

Khamis, 25 Februari 2010

lion king

si muda benci yang tua-tua kerepot,

bermulut seribu,

berakal sifar,

biarkan mulut mereka terus membunuh,

belum masa si muda melawan semua, sistem yang bebal, lagi sesak

atau biarkan dirinya jadi seperti mereka

Isnin, 22 Februari 2010

mat bond- mat kool



Mat bond..jeng-jeng

salah satu cita-cita kanak-kanak lelaki zaman dulu, nak terlibat dalam operasi spy menyepai. dalam military jargon dipanggil intel iaitu singkatan kepada intelligence. intelligence bukan intelligent..tapi seorang mat bond, spy (kecuali spy baba) mesti intelligent.

Reconnaissance pulak dipanggil recon..atau bahasa budak muda sekarang recce, yang selalu dieja rickky atau riki. contoh ayat: "orait, nanti gua riki tempat tu..lu jangan risau".

ok tamat pelajaran bahasa pada hari ini.

kita belajar pasal mat bond koperat..iaitu mereka yang berkhidmat secara profesional untuk satu-satu syarikat untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada syarikat pengupah mereka.

corporate intel, bukan lagi asing di dalam arena perniagaan barat.

sesetengah ketua syarikat mengaplikasikan teori-teori sun tzu dalam perjalanan syarikat. adalah amat penting bagi sesebuah syarikat untuk mengetahui latar belakang, kekuatan, kelemahan dan juga sebarang maklumat pesaing bagi membolehkan syarikat mereka ke hadapan berbanding pesaing.

sebagai contoh, sebuah syarikat ayam goreng nih mendakwa memiliki resipi rahsia yang menjadikan ayam goreng mereka crispy,juicy lagi spicy. syarikat Mchick n Dick pula sebagai pesaing perlu tau apa resipi rahsia tersebut. kalau dapat tau, boleh tiru. boleh juga sabotaj...dengan kata resipi rahsia tu tipu atau tidak halal.

dan di sinilah peranan yang dimainkan oleh corporate intel, iaitu untuk menyalurkan maklumat tersebut.

corporate intel boleh terdiri daripada department khas dalam sesuatu company, dan boleh juga dari syarikat luar. bagi department khas dalam company tu..biasanya jawatan tersebut dikelabukan dengan nama pangkat yang pelik-pelik. atau berkaitan dengan keselamatan, tapi bukan guard. jawatan juga tidak diiklankan di media massa, memang tak da punya. jarang ada.

bagaimana nak memperoleh maklumat?

guna otak, guna duit

guna otak iaitu dengan menyusup masuk dalam organisasi dan cuba cungkil rahsia. susah sket nak buat nih. macam tak logik pun ada. tapi baru macam James Bond ataupun Mission Impossible.

guna duit iaitu kita beli (rasuah) sesapa yang boleh punyai maklumat tersebut. tak semestinya beli orang atasan, kalau boleh dapat dari tukang masak lagi bagus..save skit. ataupun rasuah guna cara holiday ke, hadiah ke, perempuan ke haha. nih cara keji sikit. nak beli pun kena wat kajian dulu, profiling..sapa yang boleh makan, sapa yang tak boleh. tersalah pilih orang, blown up the whole thing.

sapa yang layak jadi mat bond koprat?

mereka yang pandai korek maklumat, tapi pandai tutup mulut. boleh jadi jugak, orang yang pandai kecek lebat. pung sana..pung sini. tapi maklumat sume tak leh pakai. boleh jugak orang yang terlampau banyak baca novel Tom Clancy, Ian Fleming. tengok citer spy 24/7. boleh gak orang yang rasa dia hebat dan ada feeling nak jadi spy tapi BMI ke laut. so fail interview haha.

Aplikasi di malaysia

dah ada pun...berskala kecil-kecilan dan mega pun ada. yang kecil contohnya, sibuk nak tau kenapa gerai sebelah laku. jadi dia antar la anak sedara dia jadi customer sambil wat evaluation dan risikan haha.

yang mega nih pasal tender multi juta-juta. sangat diperlukan untuk ketahui pakej yang dioffer serta berapa tawaran harga.

nih semua fiksyen semata..jangan percaya sangat

Ahad, 21 Februari 2010

Gua dan Kucing

banyak benda dalam kepala o-tak, tapi jari aku nak menulis pasal kucing. kenapa pasal kucing, bukan pasal al-maunah, bukan pasal bentong kali, bukan pasal pudu jail dan juga bukan pasal corporate intelligence.

sebab aku punya suka la, blog aku. bukan aku kerja menulis artikel untuk surat khabar, kena ikut jadual dan segala macam.

kucing, kuching, cat...dalam loghat daerah pahang, dipanggil juga kucing. satu haiwan domestik, sesetengah spesis adalah eksotik. antara sedara mara kucing antaranya ialah harimau belang atau nama saintifiknya dipanggil pantera tigris. ada gak spesis kucing yang dipanggil rimau, kat tempat aku ada kucing hutan yang dipanggil rimau akar. mat salleh panggil kucing batu kot.

ramai orang sangka aku tak suka kucing, tak juga bermakna aku tergolong dalam peminat kucing.

aku cuma tak mesra dengan kucing, ada beza jauh antara benci dengan mesra kucing. tak mesra dengan kucing maksudnya, tak ada la aku nak peluk-peluk kucing. tak juga aku nak terajang kucing sesuka hati sebagai testimoni kebencian terhadap kucing.

dekat rumah aku pun ada kucing sebenarnya, bukan dibela. tak tau dari baka apa, aku rasa surat beranak pun tak de kucing tu (kucing ada breed dia, utk jaga nasab keturunan..ada sijil lahir) yang ada surat beranak tu, kucing orang kaya. kucing rumah aku, boleh kata kucing jalanan. sesat dari mana pun tak tau.

zaman aku sekolah dulu, lepas makan nasik..aku campak la tulang-tulang ayam, ikan. tu la makanan kucing. sambil campak tulang tu, aku mintak la kucing tu doa-doa sket kejayaan aku dunia akhirat, doa aku pass SPM. mana aku belajar, wat macam ni pun dah lupa. walaupun bagi makan, dah resmi kucing suka-suka nak masuk dapur. selongkar tong sampah, ada gak cuba trespass aku punya ruang tamu. mungkin nak tengok telenovela kot. bila aku nampak ada kucing, aku halau jer kucing tu sambil ugut-ugut nak pukul. tapi tak dapat pukul pun, kucing lagi laju.

kadang-kadang kucing tu lapar, dia fight lak ngan ayam belaan ayah aku. rebut remah nasi asrama yang sepatutnya jadi habuan ayam.

zaman berubah, kucing pun berubah. maklum la kucing jalanan. puas bersenang-lenang, dia merantau pulak cari thrill. datang kucing baru, sebab yang baru nih lebih comel dan gebu..akak aku bagi kucing tu makan friskies. ada 2 ekor, sekor dah K.O sebab keracunan bahan kimia. smoga kucing itu ke syurga.

bagi yang nak membela kucing, bela la betul-betul. jangan pakai sedap jer nak buat. agak-gak masa kecik comel bela, dah besor buang. memang la tersangat BIMBO. kalau tersesat tu, lain citer.

ingat tau, aku tak benci kucing. pun tak takut kucing. haha. yang benci kucing bobok.

nanti lak citer pasal kambing, beruk, anjing, burung tekukur dan (rumah) aku.

pptttttttttttuuihh!

Sabtu, 6 Februari 2010

entri bertaraf sampah

macam biasa time-time busy, tak ada entri-entri yang bertaraf ilmiah bagi mencetus pemikiran glokal. walaupun, ada perasaan nak sambung taip pasal al-maunah, review filem Gadoh (09) dan Only The Strong (90's) dari sudut pendidikan.

dan macam biasa tak ada tulis politik-politik termasuk politik kampus. malas nak tulis pasal politik, walaupun ada logo penyokong BPN kat situ. aku tulis banyak pasal agama, bangsa jer. yang lain tu boleh kata entri kosong jer..sampah.

kenapa entri pasal prebet adam leh hilang, sebab kena sound haha. aku pun delete la, tanpa berpikiran panjang walaupun sudut penceritaan aku tak de bersifat hasutan jauh sekali fitnah. pada pendapat aku la, tak de pulak aku nak bukak MLJ nak check satu-satu. aku pun malas nak pikir panjang, banyak keja skang. tak boleh terlalu banyak pikir benda yang tak perlu.

aku punya busy pun lain macam, nak balik tong-tong cheng menari tarian singa depan esplanade pun tak berapa nak sempat. cuti kejap jer, agak-agak dah nak abis esok..aku suh GB approve surat mohon bonus kui-kui.

dan oh ye, ibu bapa semua satu pesanan khidmat masyarakat:

budak darjah 2 rasanya terlalu muda untuk social network terutamanya untuk myspace, tagged, fb dll. selamatkan anak-anak suci dari menjadi bahan lelaki kucing, pedophile.