kelik-kelik

Khamis, 29 Oktober 2009

Tragedi Kuala Dipang

Mayat mangsa kedua, tragedi jambatan runtuh/patah/roboh/tercabut telah dijumpai oleh pasukan RELA yang menjalankan operasi SAR di sekitar kawasan Sungai Kampar.

Perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD Kinta Selatan bertukar menjadi sebuah episod tragis dalam pendidikan negara. Sebuah perkhemahan dengan misi untuk mengisi kesenggangan masa lepasan UPSR dengan aktiviti berfaedah telah menjadi sebaliknya. Perkhemahan ini mungkin salah satu dari aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan program RIMUP.

Maka pada hari ini, segenap masyarakat menuding jari kepada siapa yang harus dipersalahkan sekaligus menjadi 'punching bag' bagi melepaskan kemarahan mereka. Act of negligence pasti akan bermain diminda mereka. Surat saman berjuta ringgit mungkin akan meluncur laju ke pintu mereka yang bakal dipertanggungjawabkan.

Siapa yang salah?

Kem Komandan, Guru Pengiring, pengurusan PULAKO, PPD, JKR, Kontraktor, Jurutera Perunding, buruh Indonesia bancuh simen terlebih pasir, atau penaung 1Malaysia?

Jari kemarahan masih menunding, cukup masa mungkin ia berhenti.

p/s: semoga tragedi sebegini tidak berulang kepada semua. juga tidak berlaku kepada kita sebagai guru di masa depan. sapa cakap keja cikgu mudah? hehe

Selasa, 27 Oktober 2009

Lembu-lembu berterbangan

DALAM kegelapan malam, dia meredah kedinginan. Jiwa nya berontak, namun kaget jauh sekali. “Sampai sudah aku ke mari,” bisik hati..diiring dengan hilai tawa yang cukup sinis sekali. Syaitan barangkali.

Ayuh-ayuh kita gempur semua!!! Teriak dirinya, melihat ke kanan dan kiri dibimbangi akan dikesan lawan. Dialah kesatria Negara, dialah pejuang bangsa namanya Wak Sabul. Bersenjatakan buluh runcing dan ayat kebal serta ilmu santet warisan dari arjuna dewa katanya Misinya cuma satu, sapu dan hapus. ya, bangsa itu harus dihapusi..agar kita jadi yang terulung. Masakan mahu dicuri budaya kita yang unggul itu, tarian pundek itu kebanggaan di den pasar. Itu

Melepas lelah seketika, kelihatan komrad-komrad Wak Sabul terlena. Tunggu sehingga subuh, bisik dia. Baru beberapa jam lepas, mereka berjaya melayari samudera lantas menembusi pertahanan laut negara seteru. “Masakan excocet mampu tembusi diri ini, riak timbul dari hati penuh kehitaman. Sambil jari mengepit kretek tak bercukai.

Fajar menyingsing, ayam berkokok, embun berhimpun

Ops ganyang II: pundek itu milik kami, pun bermula dengan ikatan tangkal di lengan..jampi penunduk musuh ditiup maka berlari la para militer. Jeritan menggila, muka yang kelaparan kasih sayang dan otak yang dahaga ilmu..segalanya kelihatan cukup sempurna.

Sehingga, jeritan “BERHENTI, PERKENALKAN DIRI ANDA”. Waduh-waduh, ini pasti GGK. Maka, menyerah lah militer itu kepada mereka kerana dibimbangi bukan tandingan.

Maka keluar seorang lelaki, berbadan besar..bermisai lebat, berbadan buncit, berbangle magnet. Ini nak buat apa nih? IC mana? Nak pergi mana?

Hehe sabar ya pak, saya orang sini..mahu berlatih silat dengan teman-teman jawab si Sabul. Dengan yakin dia menggunakan teknik-teknik diversion dari filem spy james bong. Ye ke orang sini? Meh jawab soalan aku sket..

Yg pertama, namakan raja sms Malaysia?
- kacang saja dong, pasti jawapan nya Mawi..hehe tak sia-sia gue merisik di murai.com

baiklah, yang kedua..bangunan tertinggi di Malaysia?

Sudah pasti klcc ya..lebih mudah kerna saudara gue turut sama membina.

Ok, yg last..tarikh Malaysia merdeka?

31 Augustus 1957..mudah aja.

Maka pak cik itu pun separa melaung…

“angkut mereka semua, hantar ke balai”

Saat itu, sabul melihat tab terletak di lengan pak cik itu..RELA.

p/s: malam-malam minum ubat batuk KKM, da aku cerita pasal rela pulak.

Khamis, 22 Oktober 2009

Spesifikasi Sukhoi

Sukhoi 30 MKM TUDM

Krew: 2 iaitu 1 pilot & 1 Weapon Sensor Officer (WSO)

Kuasa tujahan : 2 AL -31FP BYPASS TURBOJET ENGINE DENGAN KEBOLEHAN TVC. (2 enjin)

Jenis : Pesawat pejuang pelbagai fungsi. Multirole Combat Aircraft (MRCA)

Dimensi: wing span: 48.2 kaki (14.7m)
Panjang: 71.8 kaki (21.9m)
Tinggi: 20.9 kaki (6.4m)

Bahan api: normal: 5090 kg
Maksimum: 9400 kg

Jarak operasi: normal :3000km
Max: 5200km
Kaedah ferry: 69000km

Prestasi: kelajuan maks: Mach 2.0 (melebihi 2 kali ganda kelajuan bunyi)
Purata mendaki: 230MS
Had Siling: 17000 m

Sensor: NO11M ESA RADAR, SAP518M Jammer, L-150 Radar Warning Receiver, Damacoles Targeting Pod, MAWS 300, LWS 350, FLIR, UV-30MK CDMS.

Senjata: Air to Air
RVV-AE – misil aktif
R 73E- misil ifra merah (IR)
R 27R1- misil semi aktif

Air to Surface/ Ground Guided Weapon
Kh 29T-TV Seeker
Kh 29TE- TV Seeker/ Warhead Penetrator
Kh 29L-Laser Seeker
Kh 31 A- High Velocity Anti Ship Missile
Kh 31 P- High Velocity Anti Radar Missile
Kh 59 ME – Long Range Missile/ TV guided
KAB 500KR-TV correlated
KAB 1500KR-TV correlated

Air to Ground
OFAB 100-200
OFAB 250-270
FAB 500 (nih bukan jenama sabun basuh tu ek..)

Gun
GsH 30-1 (30 mm cannon)


nota penyepak (e taling) :
aritu aku check nuffnang, orang search pasal benda nih dalam blog aku. sebenarnya aku tak de pun. nih baru taip balik. ok. kalau tak faham, tanya la sesapa yang faham.

pada dasarnya, model sukhoi tudm berasakan kepada model su-30 MKI milik India. tapi dari segi sistem avionik terdapat perbezaan kerana Malaysia guna yang barat punya. India dikatakan pakai sistem buatan Israel.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Penjelasan Megat a.c.a.b terhadap imej baru



Beberapa bulan lalu masa gambar Megat amik duit royalti dalam majlis MACP, masa tu akak aku tanya apesal mamat tu pakai jubah?. ye la kan waktu tu si Megat nih amik duit royalti bukan untuk kategori nasyid bai..tp untuk kategori Lagu Inggeris Tempatan paling banyak dimainkan. Band dia pulak nama bukan calang-calang A.C.A.B, a.c.a.b ni bukan aku cinta aku benci..tidak sesekali la nama dia camtu. A.C.A.B nama yang lahir dari salah satu prinsip skinhead. Budak belajar U.K mesti tau pasal skinhead nih. Nama megat zaman glamer dulu magskin. Tapi sekitar 2002 band nih, berpecah dan betapa glamer dorang siap ada album tribute to a.c.ab. nyanyian band skin lain. Kat Malaysia nih, berapa artis ada tribute album?..
sebab berpecah banyak, tapi salah satu Megat nak pegi U.K belajar muzik kat sane. Bila balik jer dalam tahun 2005, a.c.a.b jadi The ACAB..dan kuar statement of the year kat majalah Konsert "saya bukan skinhead lagi" ucap Megat. Rambut pun dah panjang paras bahu.

Waktu sekolah dulu band nih antara yang paling glamer dalam vocabulary budak2 laki. Kalau tak percaya, pergi kat sekolah menengah, mesti banyak lagi contengan A.C.A.B kat dinding kat meja, kat kerusi..haha. A.C.A.B nih band skinhead, jadi seperti yang diketahui budaya skinhead nih memang diharamkan kat sekolah aku. Sampai satu tahap, aku rasa cikgu-cikgu sanggup lagi tengok budak rambut panjang lepas dari kolar, pakai suar yang kaki besar (suar cantona7 glemer bai, time aku form 1) dari tengok budak kepala botak, suar kaki kecik, pakai lak button @ badge gambar boots. Tapi, pada hari guru lepas gak budak-budak nih tujukan lagu where have all the bootboys gone kat cikgu disiplin. Mungkin masa tapisan senarai lagu lepas la sebab tajuk lagu tu tak direct ada kaitan ngan skinhead.

Tu kisah masa dulu. Sekarang remaja dah tak taksub ngan budaya skinhead, cikgu-cikgu sek menengah kena belajar vocab baru dorang iaitu pailang, langsi, taiko, kongsi, merah, putih, hijau, da macam jenis petrol la pulak minyak merah, minyak hijau, paling baru minyak kuning haha..budak sekarang tengah 'up' nak jadi cam Chicken, Chan Ho Nam dan rakan-rakan. Semua bajet nak jadi kongsi gelap, yakuza, ngan mafia. Pengaruh game facebook la nih haha..

Tapi sekarang antara penyanyi pujaan budak skinhead nampaknya dah berubah, tu la mastika dulu kutuk-kutuk dia secara sipi-sipi, kalau kutuk direct kena saman la. Jadi majalah nih tukar dari mag jadi mad. Sapa tau mungkin dia boleh jadi lebih baik dari yang menulis. Allah S.WT berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Semoga kita semua beroleh hidayah dan keampunan dari Allah. Semoga juga megat terus-terusan begini.

muzik ala New Wave of British Heavy Metal (nih term masa dapat ROTTW free dulu) bawaan a.c.a.b masih bergema dan dirasakan akan terus bergema di corong earphone murah ini selagi ia dirasakan relevan dengan jiwa aku. negatif? amik yang positif..muzik pop juga tidak terlepas dari yang negatif. lagu beyonce, aliff aziz tidak la sesuci mana. (ape kes letak aliff aziz haha..kamu jgn nakal, dia yg nakal kot)

p/s: nih bukan gosip artis kan? haha nak gosip artis pegi ohbayu, ohbulan..shah jadi pengomen tetap kat sane.


Rabu, 7 Oktober 2009

Lepak dulu

aku ada tulis entri pasal neck tie, dah nak siap dah tapi sebab besok D-Day. Aku tangguh dulu entri tu. Kita bagi ruang dan peluang yang ada nih kepada isu yang lebih penting. Kepada militer Bendera yang takbur kata boleh sweep semenanjung dalam masa 3 hari. Yang boleh sweep Sabah dan Sarawak dalam beberapa jam. Ikut korang punya suka la, buat masa nih nak kata tahap Red Alert tak de la lagi. Aku percaya je pada SB, Risik Tentera, R&D Jab. Perdana Menteri. Rakyat Malaysia yang lain, terutama yang berada di luar negara seperti Jakarta, Pasar Seni, Kota Raya haha..jaga keselamatan anda. Kalau ikut hati yang marah, nak jer gua mencarut tapi tak best lak. Kalau kat facebook best gak, semalam da mencarut pasal orang Padang baling batu kat C-130 Hercules TUDM. Adios. Kita layan dulu lagu ngan video.



nih bloodshed, gitaris dia pak cik kepada ja'are.



nih lak video bro standupper..orang yang sangat dikenali dalam arena forum pertahanan. Nih punye misil kalau kena tongkang tak tau la.



nih namanya Astross..bukan piring Astro yang kita bayar bulan-bulan tu. Nih kalau askar rasa boring nak mercun, dorang tembak-tembak kat Asahan. (jgn percaya cakap aku haha)



nih lak pasal 11skn dan burung mereka iaitu cik su. Dalam nih la ada muka GYRO yang perfom masa airshow minggu lepas untuk sukhoi TUDM.

OuT

Selasa, 6 Oktober 2009

tali leher

Hugo Boss official tailor for Nazi Germany & Chelsea


teringat lak nak tulis pasal tali leher atau neck tie. sebab aku sendiri memang nak tau pasal benda nih, cuma malas nak tekan je. maklumat kan skang di hujung jari. aku percaya kebanyakkan lelaki dan perempuan yang pakai neck tie nih tak pernah amik tau pun pasal latar belakang atau cerita disebalik neck tie. cerita aku dengan neck tie pun banyak, tapi tak payah tau semua la. sebab neck tie la banyak budak-budak sekolah makan pelempang. tak pakai tie, kena lempang..tak reti ikat tie kena lempang, tie buat jadi mainan pun kena lempang. biasalah, barulah sekolah menengah cam tu. makan pelempang nih da jadi macam makanan tambahan, campur dengan rotan..

neck tie ada banyak..antaranya bow tie. bow tie nih biasanya budak banquet yang pakai, kadang2 valet boy pakai gak. tapi nih pakaian golongan aristokrat nih, antara orang malaysia yang glamer pakai bow tie ialah Dato' Kadir Sheikh Fadzir (bekas menteri) dan Dato' Pahamin Rejab (X KP JPJ , n org kuat Air Asia)

pemakaian tie ada banyak sejarahnya, ada yang kata berasal dari China. Logik gak, cuba tengok patung terracota tu. semua ada ikatan kain kat leher. China leh claim nih.. cam indon lak. Maharaja pertama China, dikatakan yang mula pakai kain lilit kat leher. Tapi semestinya ia berbeza dengan sekarang.

Pemakaian tie macam sekarang berasal dari eropah. sapa yang rasa nak tau google la sendiri. kenapa kita perlu pakai tie adalah tak lebih dari sekadar gaya dan pelengkap fesyen. bagi keperluan tertentu, tie da dikira wajib, contoh untuk tonjol imej koporat, imej cikgu, imej salesman. kalau tak pakai tie, anda boleh dilihat sebagai ex convict, tak belajar tinggi, anti establishment punye group..(sape cakap? punkers, emo kids relak je pakai tie tp loosely la..as a sign of anti capitalist)

berdasarkan pengalaman aku yang mula diarahkan memakai tie sejak berseluar hijau berbaju putih, bersongkok hitam..tie ni boleh jadi berguna, sebab dia leh nampakkan sang pemakai kelihatan sungguh berwibawa dan kemas. tapi disebalik kemas, ramai yang rasa rimas..nih disebabkan oleh iklim panas dan lembap kat negara kita. jadi pemakaian tie nih dilihat tak sesuai kecuali tempat tertentu macam Istana, pejabat menteri, hotel dsb..kenapa? sebab kat tempat macam nih dorang ada air conditioner yang cukup kuat untuk menyejukan badan.

satu masa dulu mantan perdana menteri jepun, kunichiro koizumi mengarahkan para penjawat awam utk elak dari menggunakan tie semasa musim panas. ini dapat mengurangkan belanja kepada elektrik akibat penggunaaan air cond.

tapi kat malaysia, yang boleh kata setiap hari lagi panas dari hari-hari summer di Jepun..org kita dengan bangga pakai tie. tak kisah la berpanas, janji bergaya. sama la aku pun, kalau tak pakai dikira melanggar etika juga. jadi itulah yang dijunjung. kadang-kadang tgok brother yang jual barang ke buku ke susah payah nak pakai kemeja, neck tie, wat rambut pacak lepas tu pergi kat stesen bas la kedai makan sebab nak jual barang. nak tunjuk international, kang lagi bagus kalau company tu siapkan tshirt berkolar, tak pun kemeja keperat yang lawa ada logo company pakai lak dengan slack atau khakis, lagi munasabah dari duk pakai kemeja lengan panjang, neck tie cuba buat sale tengah panas. dan satu lagi kalau ikut code of dress, mane leh pakai neck tie dengan kemeja lengan pendek. yang boleh buat manager KFC je. tapi tu la, sbb nak selesa skit pakai je la.

p/s: adios dulu. cerita yg bukan militari. sebab bobok cakap dia tak reti nak komen kalau citer militari.

p/s2: pemerenganan yang tak sesuai huhu. lantak la.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Thunderbirds bukan ahli wonderpets!!

Kredit to milontong-Photomalaysia

Subang- Persembahan udara oleh pasukan Thunderbird dari Tentera Udara Amerika Syarikat telah berjaya menarik puluhan juta lemon dan sampah. Pasukan ini yang menggunakan pesawat F-16 telah berjaya menghiburkan penonton yang sabar menunggu dengan hati yang gundah, bimbang jika persembahan dibatalkan kerana hujan dan kemungkinan ribut akan berlaku. Sebelum persembahan utama, penonton telah dihiburkan dengan lawak jenaka oleh pegawai TUDM yang bertugas sebagai juruacara. Juruacara ini menunjukkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Kelantan dan bahasa Russia. Walaupun lawaknya disambut hambar oleh pengunjung, namun kegigihan dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta serta arahan haruslah dipuji.

Kemudian, acara disambung lagi dengan persembahan yang sungguh mantap dari Lt.Kol (U) Nor Azlan "GYRO" disusuli tepukan tahniah dan pujian yang melambung dari segenap masyarakat termasuk lah kelompok general-general tak bertauliah atau 'arm chair general. Keampuhan sistem dan kejituan enjin Su-30 MKM tidak memberi makna seandainya ia dikendalikan oleh mereka yang tidak mahir. Dengan kelajuan melebihi bunyi @
'speed of sound' iaitu Mach 1 dan Mach 2 ia sudah cukup untuk membuatkan manusia biasa untuk pitam secara tiba-tiba. Anda boleh mempunyai beribu-ribu jam penerbangan di hadapan PC atau simulator tetapi perkara seperti G-Force dan suntikan adrenalin yang menjitu adalah perkara yang sukar untuk dihadapi oleh fizikal dan mental manusia. Jadi hargailah jasa dan pengorbanan mereka ini, yang sedia berkorban demi keamanan negara.

Persembahan dari Thunderbirds tetap berjalan seperti dirancang walaupun pada permulaanya gerimis telah mendinginkan kawasan penerbangan. Kesemua burung-burung ini berjaya melakukan formasi dan akrobatik yang telah dirancang. Dengan iringan muzik serta komentar dari Thunderbird no 8 iaitu Major Anthony Mulhare selaku narator ternyata ia cukup berkesan dalam persembahan ini. Sebagai sebuah pasukan akrobatik profesional, Thunderbirds mempunyai narator mereka sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti seorang dj radio tetapi juga seorang pilot Thunderbirds. Ia lebih berkesan kerana narator sendiri memahami manuver dan memiliki pengalaman dalam persembahan. Thunderbirds berjaya mengalihkan perhatian penonton kepada formasi diamond yang dibentuk di udara, dan sebuah thunderbird solo dari arah kiri telah membuat penerbangan rendah secara tiba-tiba lantas menjadikan pengunjung terpaku akibat bunyi bising pesawat. Manuver ini dikatakan sebagai salah satu dari
element of suprise dalam serangan udara USAF.

Secara keseluruhan, persembahan ini dilihat berjaya dari segi pengunjung dan juga penganjurannya. Cakap-cakap mengenai perbandingan antara Thunderbirds vs Red Arrows tidak dapat disahkan oleh penulis kerana belum menonton secara live persembahan Red Arrows. Mungkin ada kebenarannya, jika dinilai dari sudut formasi dan manuver yang dilakukan. Terima kasih TUDM, USAF dan semua krew.

Tok_Rimau87 of MPSA @ kudabesi87 @ lipax

sukhoi 30 MKM, codename: cik su ;-)


bird on the tarmac



bravo Gyro!
kredit utk pahat of mpsa cari.com
*SELAIN YANG DINYATAKAN, SEMUA GAMBAR ADALAH HASIL TANGKAPAN D'ULTIMATE SHAH*