kelik-kelik

Khamis, 17 September 2009

ngomelan aku (2)

kita balik raya, mereka berpanas mengacu senjata

Salam aidilfitri...

dalam masa beberapa jam lagi aku akan berangkat pulang ke kampung tercinta,

jadi sebelum itu ingin memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dengan niat, tanpa niat, dengan senjata, dengan bicara, dengan rela, dengan terpaksa..

terutama untuk budak pismp cohort 2 ipgm kba (ipba), budak ipba segala jenis cohort dan segala jenis course, para warden, para pensyarah, para pentadbir, para pekerja, dan segala yang berkait dengan ipba..

pada semua anak murid skola tepi gereja (bukan nama sebenar)..haha mmg betul pun, dan skola tepi landasan (bukan nama sebenar) ampun dan maaf kalau terlebih, terkurang, tersilap, termarah, terPUKUL, termaki, juga pada pentadbir, guru pembimbing dan guru-guru senior skalian.

untuk rakan di perantauan, di UK, NZ, Australia, Indon, Perancis,Lautan Hindi,Lautan Sulawesi, Pentas Sunda, Laut Pasifik, Laut China Selatan, Selat Melaka (woit belat ko belayar kat mane ek?) selamat berhari raya dan menjalankan tugas yang diamanahkan

p/s: juga untuk rakan-rakan IPGM,geng IPGMC, geng Cikguroxs, geng SIPGM fs, geng Cari.com, geng anak pahang fs, bro's & sis's brotherhood of malaysian club, gempur wira crew, ahli dan penyokong bloggers pembela negara (BPN), alumuni skbb, alumuni afzan chenor, & smua rakan bloggers...meza dan sape-sape je la

Khamis, 3 September 2009

kebencian mereka

bukan gambar terbaru

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan. Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.


Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.


Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi

Ini sudah lebih, setakat nak buat demo depan kedutaan buat la...tapi bila da start baling telur @ batu dan cuba ceroboh masuk ke dalam kawasan kedutaan adalah satu tindakan provokasi melampau. Kawasan kedutaan merupakan kawasan berdaulat negara yang memiliki kedutaan itu. Jadi kedutaan Malaysia di Jakarta merupakan tanah berdaulat Malaysia. Tak kan basic undang-undang diplomatik antarabangsa pun tak tau kot? haha cam mana leh jadi laskar macam nih. Banyak perkara yang dikongsi antara Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thai dan Brunei kerana ini rantau Nusantara.

Nusa antara maksudnya nusa yang banyak..sendiri faham la, pasal lagu Terang Bulan ia juga berasal dari satu lagu dari barat samaada inggeris atau perancis. Kemudian ditukar @ diciplak @ diplagiat menjadi Terang Bulan. Terang Bulan merupakan lagu rasmi negeri Perak sebelum merdeka. Cuba google sejarah bagaimana lagu nih boleh sampai ke perak, ia didengar oleh Sultan Perak atau semasa baginda dibuang negeri ke Seychelles akibat pembunahan Birch. Nama asal pun Mamulamoon.

Bab tarian pendet tu pulak, tu salah orang wat iklan untuk discovery channel. yang wat iklan tu syarikat dari singapore lepas dapat kontrak dari KRU. Ia tak berkait dengan kerajaaan atau negara pun. Salah dan memang salah, itu perlu diakui oleh aku tapi tak perlu la sampai nak ceroboh masuk kedutaan. Akal fikiran kan ada, selama nih pun sapa yang pernah tengok Jagat Bali di Awani ada juga letak pasal tarian singa. Di Indonesia, tarian nih dikenali dengan nama apa entah. Tak de pula orang Malaysia, orang Singapore atau rakyat China wat demo bantahan sempena sebuah program memaparkan tarian singa tu dalam tv dan seolah-olah memang kepunyaan negara Indonesia. Dalam hal ini, yang penting ialah untuk rasional la. Akal ada, buku ada, google ada. Gunakan, tak guna duk tunjuk kuat demo laskar merah putih kononnya. Orang sini pun boleh buat askar harimau malaya la haha.

"ada mata, tengok
ada telinga, dengar
ada otak, pakai
ada mulut, diam"

orait..sekian..

ape nak jadi-jadi



doris day- que sera-sera

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty will I be rich
Here's what she said to me

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

Now I have children of my own
They ask their mother what will I be
Will I be handsome will I be rich
I tell them tenderly

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be
Que Sera Sera

sekali-sekala poyo layan classical zaman sinatra beh gak