14-15 Ogos 1948, hasil konvensyen pelajar Melayu seluruh Semenanjung telah bersetuju untuk menubuhkan Gagasan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Jadi pada hari ini genap usia 61 tahun GPMS. Ditubuhkan atas hasil usaha Aminuddin Baki iaitu seorang yang sangat terkenal dalam lapangan pendidikan tanah air. Aminuddin Baki merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang paling muda dan banyak melakar perubahan pendidikan. Jadi GPMS pada hari ini mestilah terus memperjuangkan pembangunan pendidikan orang Melayu sebagaimana yang ditegaskan dalam prinsip 4Sedar, hasil konvensyen pada 1948.
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami
selamat ulang tahun...belajar terus belajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan