memang da lama tak update blog nih, saje malas..tak reti nak menulis. mungkin kena belajar penulisan dulu kot.
sekarang aku praktikal @ praktikum..praktikum tu praktis kurikulum kot huhu, kat Indonesia dia pakai terma nih. aku punya praktikum semestinya kat sekolah rendah la sebab aku memang amik kursus perguruan pun. tak kan aku nak praktikum kat pejabat kerajaan negeri lak.
minggu nih cam biasa banyak benda yang berlaku kalau kita sanggup ambik masa untuk baca paper dan bukak macam-macam jenis web yang ada. minggu nih, aku kena observe sebenarnya dan mengejut lak tu. dengan rph tak ikut spec yg ditetapkan, abm yang tak berapa berkesan, induksi yang tak menarik, dan tak sempat nak sedia note kecik utk langkah-langkah P&P (buku rph pada lecturer la) biasa aku ngajar rujuk buku rph je..kejap2 tengok. hasilnya memang lah aku kena bambu huhu. tapi tak pe tu semua salah sendiri, tak sentiasa siap siaga. kalau dalam perang orang kate kena ambush.
jadi cikgu nih macam jeneral-jeneral jugak. kena merancang dan melaksana apa yang telah dirancang oleh orang atasan. lesson plan tu macam satu master plan untuk bertindak dan hasil pembelajaran tu ialah objektif yang perlu dicapai untuk satu mission. macam mana lesson plan tu nak berjalan tertakluk kepada keadaan. jadi kalau jeneral wat satu master plan yang tak mantap, yang akan mati katak ialah prebet-prebet nih. abm tu macam senjata bantuan medan la dari artileri smpai la ke AWACS. dari abm la sedikit sebanyak kekuatan utk satu lesson tu datang. ok la, tak payah cite panjang-panjang. ini semua analogi jer..hasil pemikiran aku yg menerawang menembus pelusuk lautan atlantik.
sedikit komen aku untuk isu semasa, kes model kena sebat...tak payah la ada pihak nak bising-bising nak perjuangkan hak wanita la pulok. sebelum nih da ada kes lelaki kena sebat sebab minum arak dan ditangkap oleh mahkamah syariah pahang. tak de pulak orang nak perjuangkan, tepuk tangan ada la. kalau bercakap mengenai persamaan gender inilah contoh persamaan gender. PANDAI? laki buat kena sebat, perempuan buat kena sebat gak. yang jatuhkan hukum tu bukan aku, bukan MB Pahang tapi hakim mahkamah syariah berlandaskan enakmen yg terdapat dalam kanun syariah pahang. ape pun, semoga ini jd pengajaran kepada model tu dan orang lain. tahniah gak sebab dia redha dengan keputusan dan semoga kita semua beroleh hidayah.
kes teo pula mendedahkan lagi malaysia kepada teori konspirasi dunia gelap yang banyak mata tak nampak. kebenaran yang sebenar hanya Allah S.W.T saja yang tahu. bagaimanapun, sesuatu tindakan harus diambil untuk memberikan keadilan kepada mangsa dan keluarga. serta perlu dikawal agar ini tidak dijadikan sebahagian dari sebab untuk perkara yang lebih dasyhat.
PEWARIS VS GMI pada 1 ogos ini, sebagai rakyat malaysia yang suka kan keamanan dan ketenangan tanpa perlu melalui sekatan jalan, menyeru dua-dua pihak hentikan niat nak berarak ke Istana Negara. Selain dapat elak dari pergaduhan dan campur tangan pihak luar. ingat ini Malaysia, jangan nak jadikan macam thailand..bertembung dan bergaduh antara geng baju merah dan geng baju kuning. nak berhimpun, pergi sewa stadium..yang GMI mintak stadium shah alam. dapatkan permit MBSA, permit perhimpunan dari IPD. yang PEWARIS berkumpul la dekat stadium ke kat PWTC ke.
bagaimanapun, aku sokong akan peranan ISA sebagai undang-undang pencegahan. kebanyakan negara pun ada undang-undang sebegini. Dalam ISA ada 7 orang agen perisikan asing, 29 terlibat dalam pemalsuan dokumen, 17 orang dalam pemalsuan wang kertas, HINDRAF, penyeludupan komponen nuklear 1 orang (BSA Tahir), pemisah selatan thai 3 org, JI, Darul Islam dan kumpulan muhajiddin malaysia (militan malaysia)
hidup bukan que sera-sera..(prof diraja ungku aziz)