Pondok 2
Pak mat menyedut kretek dalam-dalam. Dari jauh kedengaran bunyi tembakau dan
cengkih dan bersatu memberikan kenikmatan mungkin. Namun kenikmatan yang
dialami cuma sebentar. Hati Pak Mat masih rusuh, memikirkan masalah yang
dialami. Masalah yang bukan masalahnya.
Jimmy atau nama kampongnya Najmi datang tersengih-sengih
menghampiri warung tua di tebing sungai itu. Digengam sebuah Blackberry Curve,
laju pula dia menyedut sisa Coke yang tinggal. Terkocoh-kocoh dia mampir, seperti biasa.
Seperti gelaran yang glamour “Mi Ribut”
“Hah sampai pun gampang nih” separa menjerit Pak Mat..tak
padan tua.
“baru bangun boh, malam tadi pegi nengok bola Arsenal kat
mamak..” sambut Jimmy lagi sambil tersengih.
Ape cerita kau? Tanya pak mat sambil menjentik jauh punting
keretek
“Ceritanya gini Pok Mat, saya dah tweet YB kita tu..harap
dapatlah dia membantu usaha murni pok mat nih..”
YB- YB tak boleh harap! Jerit si Pak Mat lagi sambil
menghidupkan enjin motornya menjauhi warung tepi tebing.
Jimmy mengeleng jauh.
……………………………………………………………………………………
Semuanya bermula dua-tiga bulan lalu, si peguam membawa
surat mahkamah yang mengarahkan sebuah rumah usang ditepi tebing itu bakal
dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek hab ikan patin.
Memang bagi yang lain, rumah usang itu tidak membawa erti
apa-apa..malah menyemakkan saja.
Tempat kambing berteduh waktu hujan, tempat yang culas untuk
menjamu selera waktu ramadhan.
Namun, kesunyian, kengerian, kebobrokan yang dibawa oleh
rumah usang itu tak setanding dengan isinya..nilainya. Pak Tua ini bukan
sebarangan, asalnya dulu guru lepasan MPSI. Memang nasionalis dan minatnya pada
sejarah bukan sedikit.
Rumah usang itu bukan sebarang rumah..rumah tok’ki ali, tok
guru silat dan orang besar istana suatu masa dahulu. Orang yang hidupnya besar
jasanya, walau hilang dari catatan sejarah…tapi tak hilang di minda Pak Mat. Disitulah tuanku sultan semasa perang disorok
agar tak diusik dek Jepun.
Disitulah mulanya berkumpul orang kampung sebaik saja orang
bukit keluar menghukum semua yangdituduh barua jepun. Berlatih bersilat sambil
membaca ayat-ayat suci yang dipesan. N
Agak pelik juga walau sudah melangkau 100 tahun, masih gagah
berdiri rumah tua itu. Buatan orang dulu kata Pak Mat. Tak macam sekarang, baru
2 tahun bina dah tunduk ke bumi.
“Sempat juga orang tua nih menyidir, “getus Jimmy.