kelik-kelik

Sabtu, 3 Julai 2010

Jawab Sendiri

pengasas

Beberapa ketika lalu, dimana formspring.me menjadi medium ekspresi remaja untuk melantunkan soalan-soalan terjah kepada rakan-rakan. Aku ada bertanya kepada rakan formspring aku "Siapakah pengasas Kadet Remaja Sekolah?" soalan yang bertaraf separa historik mungkin.

Saje je aku bertanya, bukan ada ape pun. Bukan juga sebab aku tak tau. Sementelah, aku bukanlah ahli unit beruniform sekarang nih. Apatah lagi pegawai dalam KRS.

Jadi hari ini terpanggil untuk menjawab sendiri soalan tersebut.

Pengasas KRS ialah seorang guru bernama Muhammad Thani B. Sha'aban. Beliau telah menubuhkan KRS yang asalnya merupakan Putera Islam di SMK Raja Abdullah, Kepong. Putera Islam nih macam Puteri Islam jugak. Jangan pelik, member aku ketua Putera Islam dekat sekolah. haha.

Pasal sejarah dan penubuhan Kadet Putera Islam -> Kadet Remaja Islam -> KRS sekarang nih

semua ahli memang dah tau dah..

En. Muhammad Thani lah yang telah banyak membentuk kurikulum, perlembagaan, modul dll bagi KRS. Beliau lah sebenarnya tulang belakang kepada KRS, walaupun beliau cuma berpangkat Mejar (KRS). Dan bagi aku, KRS hari ini perlu merenung kembali dan memegang kembali segala falsafah dan matlamat sebenar KRS. Bukan la semata-mata kepada kawad sahaja.
ada sayap terjun tu

Ia berperanan membentuk remaja yang mempunyai akhlak mulia, jati diri, patriot dan tahan lasak. Remaja diibaratkan masih hijau..sebab tu beret warna hijau. Cikgu pula warna maroon ala-ala Paratrooper, berani..tahan lasak.


Dan sebagaimana aku ahli pengakap mengenali Lord Badden Powell, ahli Pandu Puteri mengetahui sejarah Lady Badden Powell. Sebegitu juga lah ahli KRS perlu kepada tokoh mereka ini.

En. Muhammad Thani telah meninggal dunia pada tahun 2003. Al-Fatihah.



gambar, maklumat & video..diculik dari sumber internet :
http://krs4acs.blogspot.com/
http://akukrs.blogspot.com/

5 ulasan:

Seri berkata...

bagus info tu. 5 tahun jd ahli krs tapi tak pernah tahu fasal semua tu

Kensi Ell Byle berkata...

hang perli aku naaaa......hampeh. hehhehe

kudabesi berkata...

seri

la, KRS gak rupenya? haha tak per. Ilmu-Iman-Amal

leyha

gua selaku ahli pengakap telah didoktrin utk mengenali mcm2 pasal pengasas scout nih. dari sejarah service dia dlm army, boer war, kisah dia berjuang dlm pengakap, nape pengakap dinamakan 'Scout' tu semua kami belaja

dlm KRS, even utk pegawai..gua tgk benda nih kurang diberi perhatian. lebih ditekankan kpd kawad, kawad, kawad.

Nizam Awang Brahim berkata...

Lame dah koi tak berkawad ni..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.